Colombia kejutkan Brazil

Colombia kejutkan Brazil

SANTIAGO, 18 Jun (Reuters) – Jaringan separuh masa pertama Jeison Murillo memberikan Colombia kemenangan 1-0 ke atas Brazil dalam saingan Copa America.

Ia adalah kemenangan kedua Colombia daripada 10 pertemuan di Copa America dengan juara dunia sebanyak lima kali itu.

Murillo, pemain pertahanan, menguasai bola bagi menjaringkan gol kemenangan itu sembilan minit sebelum rehat selepas sepakan percuma Juan Cuadrado melantun di dalam kota penalti.

Roberto Firmino sepatutnya menyamakan kedudukan untuk Brazil selepas 13 minit dalam separuh masa kedua tetapi mensia-siakan peluang keemasan apabila merembat melepasi gawang yang kosong.

Kemenangan itu menjadikan Colombia dan Brazil terikat di puncak Kumpulan C bersama Venezuela yang akan menentang Peru hari ini.

Pertahanan Colombia, Jeison Murillo (tengah) meraikan gol bersama rakannya Teofilo Gutierrez semasa menentang Brazil dalam aksi Copa America di Estadio Monumental David Arellano, Santiago semalam. – AFP
Pertahanan Colombia, Jeison Murillo (tengah) meraikan gol bersama rakannya Teofilo Gutierrez semasa menentang Brazil dalam aksi Copa America di Estadio Monumental David Arellano, Santiago semalam. – AFP

Bagaimanapun, jurulatih Brazil Dunga menyelar pengadil Enrique Osses selepas melayangkan kad merah kepada Neymar pada akhir perlawanan.

Dengan keputusan ini, Brazil perlu menang perlawanan terakhir Kumpulan C menentang Venezuela untuk memastikan mereka dapat melangkah ke peringkat kalah mati.

Brazil akan bermain tanpa Neymar yang mendapat kad kuning sebelum babak pertama dan kemudian dilayangkan kad merah selepas wisel penamat apabila pemain kedua-dua pasukan tolak menolak di tengah padang.

Pemain Colombia Carlos Bacca juga diberikan kad merah dan bakal terlepas perlawanan terakhir kumpulan pasukannya menentang Peru.

ARTIKEL YANG SAMA