Colombia lancar rundingan damai dengan ELN

Colombia lancar rundingan damai dengan ELN

CARACAS, 11 Okt – Kerajaan Colombia dan kumpul pemberontak kedua terbesar di negara itu, ELN, mengumumkan kelmarin yang mereka akan melancarkan rundingan pada 27 Oktober di bandar Ecuador, bersama Presiden Juan Manuel Santos dengan menjangkakan ‘perdamaian penuh’.

Kedua-duanya telah komited untuk melakukan segala-galanya dalam kuasa mereka untuk ‘mewujudkan persekitaran menggalakkan bagi perdamaian’ sebaik saja rundingan bermula, menurut kenyataan bersama yang disampaikan di Kementerian Luar Negeri Venezuela di Caracas.

Langkah itu muncul sebagai berita baik bagi Santos, setelah menang Anugerah Nobel Peace Prize namun masih lagi berdepan penolakan pengundi dalam referendum berhubung perjanjian damai dengan Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC), kumpulan pemberontak terbesar di negara itu.

“Kami telah meminta rundingan dengan ELN selama hampir tiga tahun untuk menamatkan konflik bersenjata dengan mereka…kini kami bergerak seiring dengan ELN, kami akan mendapat perdamaian penuh,” kata Santos di Bogota. – AFP