Colombia melaporkan 37,000 kes Zika

Colombia melaporkan 37,000 kes Zika

BOGOTA, 21 Feb (AFP) – Colombia kini telah mendaftarkan lebih daripada 37,000 kes orang yang dijangkiti Zika, termasuk lebih daripada 6,300 wanita mengandung, Institut Kesihatan Kebangsaan negara itu melaporkan kelmarin.Kiraan terbaru, berdasarkan data yang dilaporkan pada 13 Februari, menunjukkan peningkatan 5,456 kes virus bawaan nyamuk itu dalam minggu terakhir data itu didapati.

Penularan pantas virus itu telah meningkatkan kebimbangan di Amerika Latin kerana ia buat sementara waktu dikaitkan dengan kecacatan kelahiran yang serius dikenali sebagai mikrosefali dalam anak damit yang dilahirkan oleh wanita yang dijangkiti sementara dalam keadaan mengandung.

Mikrosefali adalah keadaan yang tidak boleh diubah di mana anak damit yang lahir akan mempunyai saiz kepala dan otak yang kecil.

Institut itu menyatakan 6,356 dari 37,011 kes Zika yang direkodkan setakat ini melibatkan wanita-wanita hamil.

Ujian-ujian makmal telah mengesahkan keberadaan Zika dalam 522 kes itu.

ARTIKEL YANG SAMA