Colombia meterai perjanjian damai baru

Colombia meterai perjanjian damai baru

BOGOTA, 25 Nov – Kerajaan Colombia dan pemberontak FARC semalam telah menandatangani perjanjian damai berkontroversi yang telah dikaji semula untuk menamatkan konflik setengah dekad mereka, yang dijangka akan disahkan dalam Kongres di sebalik tentangan getir.

Presiden Juan Manuel Santos dan pemimpin gerila Rodrigo ‘Timochenko’ Londono telah menandatangani perjanjian baru dengan sebatang pen yang dibuat dari peluru yang telah digunakan, dalam majlis yang tidak menonjol di bandar Bogota.

Perjanjian asal yang telah ditandatangani dengan gembar gembur pada September lalu telah ditolak oleh para pengundi dalam referendum bulan lalu, kegagalan mengejutkan yang mengakibatkan para perunding membuat semula perjanjian.

Rancangan baru memintas undian rakyat Colombia, berdepan tentangan perit dari para pengkritik. Menurut mereka kajian itu hanya luaran saja dan akan masih memberikan kebebasan dari hukuman bagi jenayah perang yang telah dilakukan oleh Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC).

Santos, yang tahun ini telah memenangi hadiah Nobel di atas usahanya untuk menamatkan konflik, berkata perjanjian baru adalah lebih baik dari yang perjanjian asal.

Juan Manuel Santos menandatangani perjanjian damai yang diubahsuai dengan Rodrigo Londono (kanan), di Colon Theater di Bogota, Colombia, kelmarin. – AP
Juan Manuel Santos menandatangani perjanjian damai yang diubahsuai dengan Rodrigo Londono (kanan), di Colon Theater di Bogota, Colombia, kelmarin. – AP

“Ia termasuklah harapan dan pemerhatian majoriti besar warga Colombia,” ujar beliau selepas menandatanganinya. “Kita semua tahu dalam jiwa kita bahawa kesan dari konflik bersenjata adalah begitu tinggi.”

Perjanjian itu telah segera dihantar ke Kongres yang mana ia dijangka akan diluluskan selepas dibahaskan minggu depan. Santos dan sekutunya memegang majoriti dalam badan perundangan. Kerajaan dan FARC menyatakan mereka tertekan kerana bimbang gencatan senjata mereka yang rapuh mungkin gagal.

Siri-siri pembunuhan kebelakangan ini yang dikatakan dalam zon-zon konflik, telah menambah gesaan supaya perjanjian dimeterai cepat. Tetapi ketidakpastian dan perbalahan selepas itu nampaknya kemungkinan seperti para penentang berjanji akan terus menentang rancangan damai, termasuklah bantahan di jalan raya. – AFP