Colombia musnahkan 100 makmal haram kokain

Colombia musnahkan 100 makmal haram kokain

BOGOTA, 4 Ogos – Pihak berkuasa Colombia memusnahkan lebih 100 makmal haram kokain di sebuah hutan yang dikatakan menjana pendapatan untuk kumpulan pemberontak.

Pihak tentera dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pasukan keselamatan berjaya memusnahkan 104 makmal memproses kokain dalam operasi lima hari.

Dalam serbuan itu, tiga orang turut ditahan dan 1,745 kilogram turut dirampas bersama-sama bahan lain.

“Kejayaan ini memberi tamparan hebat kepada pembiayaan kumpulan Fronts 1 dan 7 kumpulan Farc, pemberontak berhaluan kiri,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, polis dalam satu kenyataan berasingan berkata, 25 tan kokain dihasilkan dalam tempoh setiap tiga bulan di kawasan serbuan dan hasilnya dieksport ke Eropah, Asia dan Amerika Syarikat. – AFP