Colombia pertama ke suku akhir

Colombia pertama ke suku akhir

PASADENA, Amerika Syarikat, 8 Jun – Colombia menjadi pasukan pertama yang mara ke suku akhir Copa America Centenario semalam, sementara AS membenam Costa Rica 4-0 untuk mengembalikan kempen mereka dalam laluan.

Jaringan menerusi pemain AC Milan, Carlos Bacca dan bintang Real Madrid, James Rodriguez membolehkan kemenangan 2-1 bagi pasukan Colombia ke atas Paraguay di depan penonton di Pasadena Rose Bowl di California.

Victor Ayala memberikan Paraguay harapan selepas menjaringkan satu gol pada minit ke-71 tetapi Colombia bertahan bagi tiga mata yang bermakna mereka memastikan penyudah dua tangga teratas dalam Kumpulan A dan tempat ke lapan kelompok terakhir.

Colombia hanya memerlukan seri menentang Costa Rica pada Sabtu ini bagi memastikan mereka berada di tempat pertama, menyaksikan mereka bagi persaingan mudah suku akhir menentang pasukan tangga kedua dari Kumpulan B, yang terdiri dari Brazil, Ecuador, Haiti dan Peru.

Dalam perlawanan lain semalam, pemain penyerang AS, Clint Dempsey menjaringkan gol ke-50 kemunculan antarabangsanya ketika negara tuan rumah bangkit daripada kekalahan 2-0 kepada Colombia pada Jumaat lalu dengan yakin membenam Costa Rica.

Penjaga gawang Colombia menyelamatkan rembatan yang dilakukan oleh pemain Paraguay. – AFP
Penjaga gawang Colombia menyelamatkan rembatan yang dilakukan oleh pemain Paraguay. – AFP

pg22_160609_CopaAmericaLogo

Dempsey membuka jaringan menerusi sepakan penalti selepas minit kesembilan sebelum Jemaine Jones dan Bobby Woods menjaringkan gol sebelum separuh masa pertama berakhir.

Pemain gantian Graham Zusi menambah gol keempat tiga minit sebelum tamat, yang membuktikan penting jika perbezaan jaringan dibuat.

Kemenangan tersebut hadir sebagai satu kegembiraan bagi jurulatih pasukan AS, Jurgen Klinsmann, yang kendaliannya menghadapi kritikan sejak 18 bulan lalu selepas beberapa kekecewaan dalam perlawanan.

Ketua Persekutuan Bola Sepak AS, Sunil Gualti meningkatkan spekulasi baru mengenai kedudukan Klinsmann hanya beberapa jam sepak mula, memberitahu wartawan: “Tidak seorang pun memiliki tugasan selamat.”

Klinsmann sementara itu menunjukkan dia tidak berada dalam kedudukan meredakan pengkritiknya, memilih barisan pemain sama untuk menghadapi Costa Rica yang kecewa dalam kekalahan 2-0 kepada Colombia.

Nasib Klinsmann jelas dengan persembahan menarik separuh masa pertama dari pasukannya.

“Saya rasa pada keseluruhannya, persembahan yang begitu menggembirakan,” kata Klinsmann. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA