Colombia raih tempat ketiga Copa America

Colombia raih tempat ketiga Copa America

GLENDALE, Amerika Syarikat, 26 Jun (AFP) – Gol tunggal penyerang AC Milan, Carlos Bacca sudah mencukupi buat Colombia untuk menewaskan Amerika Syarikat (AS) 1-0 sekali gus merangkul tempat ketiga Copa America Centenario, hari ini.

Bacca, 29 meledak gol kemenangan itu pada minit ke-31 selepas menolak masuk bola hasil tandukan rakan sepasukannya di depan gawang AS.

AS yang tewas dengan jaringan besar 4-0 kepada Argentina pada aksi separuh akhir, Selasa lalu bergelut untuk menjaringkan gol penyamaan namun dikecewakan dengan persembahan hebat penjaga gol lawan, David Ospina.

Ini adalah kali kedua AS tewas kepada Colombia di kejohanan ini. Pada aksi pembukaan peringkat kumpulan, Colombia menewaskan mereka dengan jaringan 2-0. Pengendali AS, Jurgen Klinsmann menyalahkan pasukannya kerana menjadi ‘terlalu baik’ ketika menentang Argentina di mana mereka gagal melakukan sebarang cubaan ke gawang lawan.

Pasukan Colombia bergambar ramai sebelum perlawanan dimulakan. – AFP
Pasukan Colombia bergambar ramai sebelum perlawanan dimulakan. – AFP

pg22_160627_CopaAmericaLogo

Ketika bertemu Colombia, mereka jelas tidak bernasib baik pada aksi yang boleh dianggap menghiburkan.

Tetapi, kegagalan untuk menyempurnakan rentetan peluang itu tetap mendapat kritikan Klinsmann.

“Jelas mereka memang terlalu klinikal,” kata Klinsmann. “Mereka memanfaatkan satu peluang yang diraih mereka pada babak pertama, kami tidak melakukannya.

“Ada banyak peluang yang dicipta kami untuk menjaringkan gol namun kami tidak cukup klinikal dan pemain-pemain mengetahuinya.”

Klinsmann begitupun berkata, dia berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan pemainnya dan menyifatkan ia adalah kempen yang berjaya.

ARTIKEL YANG SAMA