Colombia tewaskan Costa Rica 2-1

Colombia tewaskan Costa Rica 2-1

HOUSTON, 12 Jun (AP) – Johan Venegas dan Celso Borges masing-masing merembat satu gol dan Costa Rica mendapat manfaat daripada gol sendiri dijaringkan pemain Colombia untuk melakar kejutan ke atas lawan itu 3-2 dalam aksi Kumpulan A Copa America, sebentar tadi.

Perlawanan itu tidak mendatangkan apa-apa kesan buat kedua-dua pasukan dengan Colombia sudah mengesahkan slot ke suku akhir hasil kemenangan ke atas Paraguay, Selasa lalu dan Costa Rica pula sudah tersingkir daripada saingan selepas Amerika Syarikat (AS) mengatasi Paraguay 1-0 dalam perlawanan yang sebelum itu.

Bagaimanapun, AS mendapat manfaat di atas kemenangan Costa Rica itu dengan Colombia sekadar berpuas hati sebagai naib juara Kumpulan A.

Antara aksi pada perlawanan tersebut. – AFP
Antara aksi pada perlawanan tersebut. – AFP

pg22_160613_CopaAmericaLogo

Frank Fabra dan Marlos Moreno menjaringkan dua gol Colombia. Febra menjaringkan gol sendiri pada babak pertama untuk memberikan Costa Rica mendahului perlawanan.

Selepas gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan sebelum ini, Costa Rica tidak membuang masa apabila Venegas meletakkan Los Ticos mendahului 1-0 seawal minit kedua sebelum Febra menyamakan kedudukan lima minit kemudian.

Fabra bagaimanapun memberi Costa Rica kembali di depan apabila menjaringkan gol sendiri minit ke-34 sebelum Borges melengkapkan kemenangan pasukannya dengan jaringan ketiga pada minit ke-58.

ARTIKEL YANG SAMA