Colombia tuduh FARC punca tumpahan minyak

Colombia tuduh FARC punca tumpahan minyak

BOGOTA, 9 Jun (AFP) – Pihak berkuasa Colombia semalam menuduh gerila Angkatan Bersenjata Revolusioner Colombia (FARC) memaksa 19 pemandu lori tangki minyak membuang minyak mentah yang mereka bawa, meningkatkan kebimbangan ia mampu mencemarkan bekalan air.

Pegawai-pegawai berkata para pejuang FARC menghentikan lori tangki berkenaan dalam serangan hendap awal pagi tatkala para pemandu terbabit membawa kargo mereka menyeberangi kawasan pedalaman di wilayah pengeluar minyak Puerto Asis di daerah barat daya Putumayo.

“Mereka kemudian diberhentikan oleh kumpulan FARC yang memaksa mereka membuang minyak mentah terbabit” – keseluruhannya kira-kira 757,000 liter, Gabenor Jimmy Diaz memberitahu stesen Radio RCN.

Dan minyak tersebut setentunya akjan menjejaskan bekalan air di kawasan berkenaan.

“Ini merosakkan sumber-sumber semula jadi serta masyarakat keseluruhannya,” tulis Kementerian Pertahanan melalui akaun Twitter mereka.

Serangan itu berlaku selepas tindakan bentuk lain sebelumnya yang dianggap sebagai sabotaj oleh FARC di wilayah yang sama, termasuk pengeboman menara elektrik dan empangan bekalan air.

FARC dan kerajaan sedang menjalankan rundingan damai sejak November 2012 lagi tetapi permusuhan masih lagi berterusan sejak 11 anggota gerila tersebut membunuh 11 anggota tentera dalam serangan hendap pada April dan Presiden Manuel Santos memberikan respons dengan menyambung semula serangan udara ke atas kedudukan FARC.