Colombia tumpas rangkaian pelaburan wang haram

Colombia tumpas rangkaian pelaburan wang haram

BOGOTA, 11 Mac (AFP) – Colombia telah menumpaskan rangkaian pelaburan wang haram antarabangsa kelmarin dengan penangkapan seramai 13 suspek, termasuk lima atendan penerbangan, kata pendakwa.

“Di antara 13 yang ditangkap itu, lima adalah atendan penerbangan Avianca Airlines dan lapan individu yang terlibat dalam mengangkut wang ke dolar Colombia dan euro secara haram yang diperolehi dari Sepanyol, Amerika Syarikat (AS), Mexico dan di tempat lain,” menurut pendakwa dalam satu kenyataan.

Tahanan akan dibicarakan atas pelaburan wang haram, memperoleh kekayaan secara tidak sah dan konspirasi jenayah.

Rangkaian itu dipercayai berkaitan dengan penyeludupan dadah kerana beberapa tahanan didakwa mempunyai hubungan dengan anggota kartel dadah Sinaloa Mexico, kata Timbalan Penguam Negara, Jorge Fernando Perdomo.

“Wang itu telah disembunyikan dalam badan atau di dalam bagasi yang mempunyai ruang berganda di bawahnya,” ujarnya kepada sidang berita.

Penangkapan itu berlaku dalam rangka kerja siasatan bersama antarabangsa termasuk agensi Penguatkuasaan Kastam dan Imigresen AS, pasukan polis tentera Sepanyol, Guardia Civil, pasukan polis Colombia dan Mexico dan Avianca.

Siasatan itu yang dijalankan setahun yang lalu, telah membawa kepada 58 penangkapan atas kesalahan yang sama, kata pendakwa. Sasaran terbaru rangkaian itu telah melaburkan sekitar AS$5.4 juta dan 1.2 juta euro, kata timbalan pendakwa.

ARTIKEL YANG SAMA