Colombia, Uruguay seri

Colombia, Uruguay seri

BARRANQUILLA, Colombia, 12 Okt – Bek tengah Yerry Mina menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-85 ketika Colombia bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2-2 dengan pemimpin kelayakan Amerika Selatan, Uruguay pada Selasa.

Mina, yang bermain untuk kelab Palmeiras, Brazil melonjak tinggi pada minit ke-84 untuk menanduk masuk menewaskan Fernando Muslera ketika hujan lebat di Estadio Metropolitano, Barranquilla.

Pemain pertahanan setinggi 5’ 6″ itu meraikan jaringan selepas menafikan kemenangan penting Uruguay selepas berhempas pulas mempertahankan pendahuluan.

Uruguay kelihatan menuju kemenangan penting selepas superstar Barcelona Luis Suarez menerkam kesilapan pemain Colombia, Oscar Murillo pada minit ke-73 untuk meletakkan La Celeste 2-1.

Tetapi Colombia bangkit dengan hebat dan menjelmakan gol penyamaan melalui Mina selepas menghadapi tekanan. Terdahulu, Colombia mendahului menerusi tandukan Abel Aguilar hasil sepakan sudut selepas 15 minit.

Uruguay kembali mengganas melalui Cristian Rodriguez 12 minit kemudian, dengan pemain sayap yang berpangkalan di Argentina itu menanduk masuk sepakan percuma yang tersasar ke sebelah kanan.

Kedudukan itu menyaksikan Uruguay melebarkan kedudukan di atas kumpulan kepada dua mata, 20 mata selepas 10 perlawanan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA