Columbia, FARC tamatkan konflik 52 tahun

Columbia, FARC tamatkan konflik 52 tahun

BOGOTA, 29 Ogos – Satu gencatan senjata bersejarah bagi menamatkan perang berusia 52 tahun antara Colombia dan pemberontak FARC telah dicapai tengah malam semalam

Beratus-ratus ribu rakyat Colombia terbunuh sejak 1964 ketika tentera pemberontak dan kumpulan-kumpulan berjuang dalam konflik utama bersenjata awam terakhir di Amerika Latin.

Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) semalam mengeluarkan perintah untuk pejuangnya bagi mematuhi gencatan senjata dari tengah malam (0500 GMT Isnin).

“Saya memerintahkan semua komander dan unit kami dan setiap seorang daripada pejuang kami secara muktamad akan mematuhi gencatan senjata dan permusuhan terhadap negara Colombia dari tengah malam ini” pemimpin FARC Timoleon Jimenez berkata dalam satu akuan beliau sebelum sidang media di Cuba, di mana rundingan damai telah diadakan.

Bagi pihak kerajaan, Presiden Juan Manuel Santos pada Khamis mengarahkan angkatan tentera negara Colombia untuk menghentikan operasi ketenteraan terhadap FARC.

Gambar fail pada 25 Ogos 2016 menunjukkan Presiden Colombia, Juan Manuel Santos (tengah) memegang satu salinan teks perjanjian damai bersama gerila Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC), sebelum memberikannya kepada senator Mauricio Lizcano (kiri) di Bogota. – AFP
Gambar fail pada 25 Ogos 2016 menunjukkan Presiden Colombia, Juan Manuel Santos (tengah) memegang satu salinan teks perjanjian damai bersama gerila Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC), sebelum memberikannya kepada senator Mauricio Lizcano (kiri) di Bogota. – AFP

“Kami merasa gembira dengan perintah presiden kepada tentera. Oleh itu kami meneruskan untuk memberi perintah yang sama untuk pasukan kami,” kata Jimenez semalam, bersama komander FARC.

Santos menulis di Twitter: “Penamat konflik telah tiba!”

FARC mengisytiharkan gencatan senjata unilateral pada Julai 2015. Tetapi gencatan senjata semalam merupakan yang pertama di mana kedua-dua pihak komited ke arah mencapai untuk menghentikan pertempuran.

“Gencatan senjata itu adalah benar-benar satu lagi pemeteraian bagi menamatkan konflik,” kata Carlos Alfonso Velazquez, pakar keselamatan di Universiti La Sabana. Presiden Colombia, Juan Manuel Santos mengumumkan pada Jumaat bahawa tentera akan menghentikan serangan pada awal FARC Isnin.

Colombia dijangka mengadakan referendum 2 Oktober untuk memberikan pengundi peluang untuk meluluskan tawaran untuk mengakhiri keganasan politik setengah abad yang telah meragut lebih 220,000 nyawa dan didorong lebih daripada lima juta orang lari dari rumah mereka. – AFP