Columbia, pemberontak FARC capai perdamaian

Columbia, pemberontak FARC capai perdamaian

NEWW

HAVANA, 25 Ogos – Kerajaan Colombia dan pemberontak FARC semalam mengumumkan bahawa mereka telah mencapai perjanjian perdamaian bersejarah untuk menamatkan perang saudara mereka yang berlarutan selama setengah dekad yang mengorbankan beratus-ratus ribu jiwa.

Selepas rundingan hampir empat tahun di Cuba, kedua belah pihak mengumumkan perjanjian akhir, yang menurut Presiden Juan Manuel Santos akan dibawa kepada referendum pada 2 Oktober.

“Kerajaan Colombia dan FARC mengumumkan bahawa kami telah mencapai perjanjian akhir, menyeluruh dan pasti pada menamatkan konflik dan membina keamanan stabil dan kekal lama,” menurut kedua belah pihak dalam kenyataan bersama yang dibacakan di Havana oleh diplomat Cuba Rodolfo Benitez.

“Kami tidak mahu seorang lagi mangsa di Colombia.”

Dalam ucapan kebangsaan selepas pengumuman itu, Santos yang telah mempertahankan legasinya pada proses damai – berkata perjanjian itu menandakan ‘berakhirnya penderitaan, kesakitan dan tragedi peperangan.

Dia segera melancarkan kempennya bagi undi ‘Ya’ dalam referendum, yang menurutnya akan menjadi pengundian paling penting bagi kehidupan para pengundi.

“Ini adalah peluang bersejarah dan unik, meninggalkan konflik ini dan mendedikasikan usaha kami bagi membina negara yang lebih selamat, terjamin, berpendidikan bagi semua, bagi anak-anak kita dan cucu-cucu kita, ujarnya.

Konflik bermula dengan pengasasan Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) dalam tahun 1964, pada ketika itu apabila askar gerila berhaluan kiri berjuang menyemai revolusi di seluruh Amerika Latin.

Selama bertahun-tahun, ia telah mengorbankan 260,000 orang, 6.8 juta orang tersingkir dan 45,000 orang hilang.

Di samping itu, ia telah menarik beberapa kumpulan pemberontak berhaluan kiri dan paramilitari sayap kanan. Kartel dadah juga mencetuskan keganasan dalam negara pengeluar kokain terbesar di dunia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA