Comanche menang perlumbaan layar

Comanche menang perlumbaan layar

SYDNEY, 28 Dis – Pasukan Comanche dari Amerika Syarikat membuat persaingan yang epik dalam memenangi perlumbaan layar Hobart hari ini walaupun mengalami kerosakan pada kemudi dalam meredah cuaca buruk yang telah mengeluarkan beberapa pesaing daripada perlumbaan.

Comanche tiba di pelabuhan Hobart selepas melepasi garisan penamat kira-kira 10 malam, waktu setempat (1100 GMT) di depan rakan senegara Rambler 88, yang mengambil tempat kedua, dikuti pasukan Australia Ragamurfin 100 dan pasukan Itali Maserati.

Rambler 88 sebelum telah menerajui perlumbaan buat beberapa jam selepas Commanche berhenti buat seketika pada malam Sabtu, sebelum menarik semula keputusan itu dan memutuskan untuk meneruskan perlumbaan.

Kebanyakan layar-layar yang menerajui perlumbaan mengalami kerosakan tahun ini, di tengah-tengah keadaan cuaca yang tidak menentu dengan kelajuan angin 40 knot yang membuatkan pasukan kegemaran untuk memenangi perlumbaan Wild Oats XI keluar dari perlumbaan, dalam bidaan untuk memecahkan rekod kemenangannya lapan kali berturut-turut.

Pihak-pihak penganjur mengatakan ia adalah perlumbaan yang paling sukar sejak 2004.

Pasukan Comanche dari Amerika Syarikat yang memenangi perlumbaan itu. - Reuters
Pasukan Comanche dari Amerika Syarikat yang memenangi perlumbaan itu. – Reuters

Ia merupakan kemenangan yang manis buat pemilik Comanche Jim Clark dan pemilik bersama Kristy Hinze-Clark, yang juga merupakan di kalangan krew layar tersebut, lebih-lebih lagi kepada kapten Ken Read.

“Ia merupakan perlumbaan yang amat sukar,” Read memberitahu para pemberita selepas tiba, mengira semula keputusannya untuk meneruskan perlumbaan walaupun mengalami kerosakan pada daggerboard dan kemudi.

“Ia adalah keputusan saya. Sudah pasti bot ini melakukan kerjanya dan mengeluarkan kami dari bahaya.

“Kami suka bot ini.”

Ia merupakan kemenangan pertama buat Comanche, ia juga buat pertama kali sejak 1998 layar dari Amerika Syarikat telah memenangi acara “air biru”. – Reuters