Comel lagi ceria

Comel lagi ceria

MENGHIASI bilik si cilik adalah bahagian yang paling menyeronokkan sebenarnya. Ia haruslah tampil ceria, sesuai dengan ‘jiwa’ anak-anak kecil yang sukakan warna-warni dan ikon-ikon yang comel.

Di sinilah ruang kita boleh berimaginasi dan berangan-angan mengikut minat si manja. Misalnya anak perempuan anda selalu berangan-angan menjadi puteri. Maka hiasi kamarnya bagaikan sebuah istana kecil yang indah.

Manakala untuk anak lelaki yang mungkin minat dengan watak super hero. Maka ciptalah sebuah kamar untuknya melambangkan karakter yang diminatinya. Pasti ini akan membuatkan si anak gembira dan teruja untuk berada di kamarnya sendiri.

Namun walau teruja sekalipun bilik si kecil wajib mempunyai ciri yang masih membolehkan mereka meminati kese-lesaan ketika berehat, bermain, belajar atau tidur.

Kebijaksanaan membentuk ruang yang sesuai penting bagi merangsang keupayaan minda anak menjalani kehidupan lebih bermakna. Pilih warna yang sesuai bagi bilik kanak-kanak untuk keselesaan dan sudut pembelajaran sempurna. Bukan semua warna ceria sesuai untuk kanak-kanak.

Anda boleh kembangkan minda dan rangsang deria serta kreativiti anak-anak dengan menggunakan warna-warna lain selain biru dan merah jambu seperti merah, kuning, jingga, biru laut dan sebagainya.

Hasilkan imaginasi dan penceritaan dalam ruang bilik mereka. Reka konsep seperti lumba kereta, fantasi, hutan, ruang angkasa dan sebagainya. Rangsang minda mereka dengan penceritaan berdasarkan minat dan imaginasi supaya mereka lebih gemar tidur di bilik sendiri berbanding tidur bersama ibu bapa.

Pilih perabot yang tidak terlalu dewasa, tarik minat mereka dengan warna-warna perabot yang ceria dan memenuhi ciri-ciri keselamatan. Elakkan perabot yang memiliki bucu yang tajam.

Elakkan aksesori yang tidak sesuai seperti lilin, kotak-kotak berat dan apa sahaja yang boleh mengakibatkan kemalangan yang tidak dingini berlaku.

m17-7_19112016

Soft toys seperti anak patung lembut dan bantal-bantal kecil sesuai di-letakkan pada ruang untuk kanak-kanak. Memberikan kelembutan pada ruang di samping menarik minat mereka untuk berada di bilik sendiri.

Di samping katil dan almari, sediakan satu ruang untuk mereka bermain dan belajar. Reka ruang letak yang lebih kreatif dan menarik.

Sediakan ruang penyimpanan yang ringkas dan boleh diguna sendiri oleh kanak-kanak ini. Didik mereka untuk mengemas bilik sendiri dengan memiliki ruang penyimpanan untuk barang-barang mereka.

Buat sedikit pengubahsuaian pada tombol pintu supaya ia tidak boleh dikunci. Ini bertujuan mengelakkan kanak-kanak daripada terkunci diri sendiri di dalam bilik.

Elakkan menggunakan permaidani yang terlalu tebal untuk mengelakkan pengumpulan habuk. Ia tidak bagus untuk kesihatan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA