Concept, Epson tampil mesin percetakan lebih berkualiti

Concept, Epson tampil mesin percetakan lebih berkualiti

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Dis – Concepts Computer bersama-sama pengeluar mesin cetak unggul di Asia, Epson, hari ini, mengukuhkan lagi kerjasama di antara mereka dengan perasmian papan iklan terbaru bagi mesin cetak Epson di Cawangan Concepts Computer, Kiulap.

Perasmian papan iklan terbaru itu disempurnakan bersama oleh Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao; Pengurus Jualan, Jualan Runcit, Bahagian Jualan dan Pemasaran, Epson Malaysia Sdn Bhd, Eric Tang; Eksekutif Pembangunan Perniagaan Concepts Group, Pao Jia Wen; Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Zul Abdul Rahman serta kakitangan dari Concepts Computer.

Dengan konsep mesin cetak yang popular, papan iklan Epson itu juga dilengkapi dengan sebuah motor kecil untuk menggerakkan kertas cetakan bagi iklan mesin cetak tersebut.

Pada masa yang sama, Concepts Computer dan Epson akan sentiasa menawarkan produk yang berkualiti dan nilai untuk wang bagi orang ramai.

Vincent Pao, Eric Tang serta para pegawai dan kakitangan Concepts Computer bergambar ramai di hadapan papan iklan terbaru Epson.
Vincent Pao, Eric Tang serta para pegawai dan kakitangan Concepts Computer bergambar ramai di hadapan papan iklan terbaru Epson.

Dengan adanya barisan produk Epson yang terkini, ia bukan sahaja memberikan pilihan kepada para pelanggan mereka tetapi menjimatkan daripada segi jumlah penggunaan dan kualiti cetakan yang dihasilkan.

Melalui kerjasama itu, ia diharap akan dapat meningkatkan lagi kesedaran orang ramai mengenai produk mesin pencetak yang berkualiti tinggi pada harga yang menjimatkan.

ARTIKEL YANG SAMA