Concepts Computer hargai atletnya

Concepts Computer hargai atletnya

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Atlet-atlet pasukan bola keranjang dan futsal Concepts Computer Sdn Bhd yang menyertai Kejohanan Sukan Ria Antara Syarikat 2015 pada April dan Mei lalu telah diraikan dalam majlis penghargaan yang berlangsung di Restoran iLotus, Rimba, kelmarin.

Majlis turut disertai kakitangan syarikat yang sama-sama memeriahkan lagi majlis penghargaan berkenaan.

Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao dalam kata alu-aluannya, menyatakan rasa penghargaan kepada semua peserta yang mewakili pasukan bola keranjang dan futsal syarikat berkenaan yang menunjukkan semangat juang dan persaingan yang hebat di sepanjang kejohanan dijalankan.

Beliau menyatakan perasaan gembira dengan pencapaian kedua-dua pasukan yang tidak pernah berputus asa untuk mencapai kejayaan.

Vincent menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang.
Vincent menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang.
Vincent bergambar ramai bersama ahli pasukan bola keranjang dan futsal serta kakitangan Concepts Computer.
Vincent bergambar ramai bersama ahli pasukan bola keranjang dan futsal serta kakitangan Concepts Computer.

Kemaraan pasukan futsal Concepts Computer yang berjaya beraksi sehingga pusingan suku akhir merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan beliau berharap kedua-dua pasukan akan dapat maju ke peringkat tinggi lagi di kejohanan akan datang.

Majlis turut diserikan dengan acabutan bertuah bagi para peserta pasukan dan kakitangan syarikat.

ARTIKEL YANG SAMA