Concepts Computer kekalkan penguasaan

Concepts Computer kekalkan penguasaan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Sebanyak lima pasukan bola keranjang veteran memulakan pertarungan untuk merebut gelaran juara dalam Piala Veteran Concepts 2016 yang membuka tirai perlawanannya di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA), Batu Bersurat, Gadong, kelmarin.

Kejohanan tersebut dirasmikan oleh penaja kejohanan iaitu Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao. Turut hadir di majlis berkenaan ialah Presiden BBA, Lim Ting Guan dan Pengarah Urusan Kingston Beverage and Creamery Sdn Bhd, Malcolm Lim.

Dalam perlawanan pembukaan tersebut, Pasukan Concepts Computer berjaya mempertahankan kejuaraan mereka dengan mencatatkan kemenangan menentang Pasukan Winrun Tyre, 89-83.

Vincent Pao dan ahli-ahli BBA bergambar ramai dengan Pasukan Home Kitchen & Cafe dan Pasukan Digi Mark sebelum perlawanan dimulakan.
Vincent Pao dan ahli-ahli BBA bergambar ramai dengan Pasukan Home Kitchen & Cafe dan Pasukan Digi Mark sebelum perlawanan dimulakan.
Vincent Pao melontarkan bola menandakan bermula kejohanan berkenaan.
Vincent Pao melontarkan bola menandakan bermula kejohanan berkenaan.

Kejohanan yang dianjurkan oleh BBA selama tujuh hari itu menyaksikan penyertaan daripada lima buah pasukan terdiri daripada pasukan juara bertahan, Concepts Computer, Concepts Technologies, Winrun Tyre, Home Kitchen & Cafe dan Digi Mark.

Kejohanan tersebut dihasratkan dapat menggalakkan para pemain untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif melalui kegiatan sukan, di samping untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara para pemain bola keranjang veteran.

ARTIKEL YANG SAMA