Concepts Computer lanjutkan promosi Tahun Baru

Concepts Computer lanjutkan promosi Tahun Baru

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jan – Bagi menyambut Tahun Monyet dalam Kalender Cina, Syarikat Concepts Computer akan melanjutkan jualan promosi ‘dua dalam satu’ yang menawarkan harga menarik bagi produk-produk terpilih.

Produk-produk itu termasuk barangan aksesori komputer daripada Logitech seperti pembesar suara dan laser pembentangan, peranti Acer Smart, perisian Microsoft Office, Epson Printing Solution, Powerbank, penyimpan data dan banyak lagi.

Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao berkata, perniagaan IT di Brunei Darussalam semakin mencabar, dengan pengguna menggunakan Internet sebagai mengikut trend teknologi terkini, oleh itu penjual IT harus menumpukan kepada perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

Promosi ‘dua dalam satu’ sempena Tahun Baru Cina.
Promosi ‘dua dalam satu’ sempena Tahun Baru Cina.

“Penjual harus lebih kreatif dan inovatif dalam memberi respons kepada keperluan pengguna dalam tahun ini untuk mereka membangun, bukan sahaja dari fizikal bahkan kemampuan masa yang panjang,” tambahnya.

Untuk keterangan lanjut mengenai promosi dua dalam satu ini, orang ramai boleh menghubungi talian 2233551, 2233552 atau 2233553 atau mengunjungi Bilik Pameran Concepts Computer di Kiulap.

ARTIKEL YANG SAMA