Concepts Computer perkenal 4 pencetak Epson

Concepts Computer perkenal 4 pencetak Epson

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Ogos – Dalam usahanya memberi kemudahan kepada para pelanggan terutamanya pengguna barangan digital agar mereka dapat bekerja dengan lebih efisien dan selesa, Concepts Computer telah melancarkan empat rekaan pencetakan digital dan pengimejan jenama Epson yang berlangsung di bilik pamerannya, di Kiulap hari ini.

Empat rekaan Epson itu merupakan pencetak Epson L-Series yang terkini dan memberi pelbagai pilihan meluas yang boleh digunakan oleh penuntut sekolah hingga ke peringkat pengguna profesional mengikut model yang sesuai dengan kos mencetak yang rendah di negara ini.

Pengurus Produk Epson, Ho Kean Chew semasa Majlis Pelancaran Percetakan Digital Epson itu menjelaskan, pencetak Epson L-Series ini adalah pencetak nombor satu di Asia Tenggara dengan lebih dua juta unit sudah dijual yang dilengkapi dengan teknologi terkini serta mudah digunakan.

Menurutnya lagi, pencetak itu juga merupakan World 1st Original Ink Tank System Printers dengan menawarkan harga rendah bagi setiap botol dakwat yang boleh mencetak sebanyak empat ribu halaman serta menampilkan cetakan berkualiti tinggi pada kos rendah.

Viencent Pao (tengah), Ho Kean Chew (dua kiri) bergambar ramai bersama kakitangan Concepts Computer dan empat pencetak jenama EPSON L-Series.
Viencent Pao (tengah), Ho Kean Chew (dua kiri) bergambar ramai bersama kakitangan Concepts Computer dan empat pencetak jenama EPSON L-Series.

“Ia adalah pencetak yang akan membuat cetakan foto semudah mungkin dan dilengkapi dengan percetakan langsung Wi-Fi, selain boleh terus mencetak dari mana-mana peranti pintar tanpa wayar tanpa melalui rangkaian,” tambahnya.

Para pengguna boleh memilih di antara empat pencetak iaitu Epson L-220, Epson L-365, Epson L-455 dan Epson L-565 mengikut kesesuaian penggunaan seharian.

Model L-220 adalah yang paling asas daripada pencetak terkini Epson L-Series di samping ia juga amat sempurna digunakan di pejabat atau rumah dan kebanyakan pelanggan yang memilih model ini terdiri daripada guru-guru, pendidik dan pelajar.

Sementara Epson L-365 adalah pencetak tanpa wayar rangkaian yang boleh bekerja pada masa yang sama dengan mana-mana PC atau peranti pintar tanpa wayar disambungkan pada rangkaian tanpa wayar yang sama seperti Epson L-365.

Juga boleh didapati dari Concepts adalah Epson L-455 yang dilengkapi sebuah mesin pencetak yang sangat canggih yang bertujuan untuk peminat fotografi amatur, dengan slot kad mikro SD dan paparan LCD.

Epson L-565 pula adalah pencetak yang sesuai bagi perusahaan sederhana atau pejabat besar yang dilengkapi dengan keupayaan pelbagai fungsi termasuk faks selain ia juga turut dilengkapi dengan rangkaian tanpa wayar, WiFi Direct dan USB.

Para pengguna yang berminat dengan pencetak terkini Epson, bolehlah mengunjungi Bilik Pameran terdekat Concepts Computer atau menghubungi talian 2233551/2233552/2233553.

ARTIKEL YANG SAMA