Concepts Computer rai TBC

Concepts Computer rai TBC

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Feb – Bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina, Concepts Computer Sdn Bhd, syarikat pembekal produk-produk IT, telah mengadakan pejabat terbuka bagi ahli korporat dan para jemputannya hari ini.

Sambutan yang mengalu-alukan kedatangan para jemputan bermula jam 11 pagi hingga 2 petang itu, telah diadakan di Ibu Pejabat Concepts Computer, di Kiulap.

Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Awang Zul Abdul Rahman ketika ditemu bual, mengatakan, “Kami di sini ingin mengeratkan lagi silaturahim di antara kakitangan dengan ahli korporat kami yang setia sehingga kini.”

Pada majlis itu, Concepts Computer telah menghidangkan pelbagai jenis juadah istimewa bahkan turut menyerikannya dengan menggaul ‘Yee Sang’ bersama kakitangannya.

Vincent Pao bersama kakitangannya mengaul Yee Sang sempena Sambutan Tahun Baru Cina Concepts Computer kelmarin.
Vincent Pao bersama kakitangannya mengaul Yee Sang sempena Sambutan Tahun Baru Cina Concepts Computer kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA