Concepts Computer terima dua anugerah daripada Epson

Concepts Computer terima dua anugerah daripada Epson

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei – Concepts Computer telah menerima dua anugerah pada majlis sempena Sambutan Ulang Tahun ke-40 Epson, yang diadakan khas bagi pasaran Malaysia dan Brunei, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Concepts Computer menerima Anugerah Pembangunan Perniagaan Runcit 2014 dan Anugerah Tertinggi Epson L-Series.

Menerima anugerah berkenaan bagi pihak syarikat ialah Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent pao dan disampaikan oleh Pengurus Cawangan Epson Malaysia, Shimizu Tomaya.

Vincent Pao menerima anugerah daripada Shimizu Tomaya sambil disaksikan Pengurus Besar Epson Malaysia, Danny Lee
Vincent Pao menerima anugerah daripada Shimizu Tomaya sambil disaksikan Pengurus Besar Epson Malaysia, Danny Lee

ARTIKEL YANG SAMA