Concepts Computer terima tajaan jersi

Concepts Computer terima tajaan jersi

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Syarikat Concepts Computer, baru-baru ini, telah menerima tajaan jersi daripada Acer bagi pemain bola keranjang warga emas yang akan menyertai liga bola keranjang tempatan.

Penyampaian tajaan berkenaan disempurnakan oleh Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao dan Pengurus Besar Acer Cawangan Miri, Richard Soo, di majlis yang diadakan di Bilik Pameran Concepts Computer, Kiulap.

Menurut Vincent Pao, sukan merupakan kunci utama dalam pembangunan pasukan yang mantap dan meningkatkan persefahaman, motivasi dan bersatu padu dalam kalangan kakitangannya.

“Pasukan warga emas Bola Keranjang Concepts juga ditubuhkan sebagai aktiviti tanggungjawab sosial yang bertujuan dalam meningkatkan komunikasi dalaman antara kakitangan untuk memenuhi kedua-dua perniagaan dan keperluan individu,” katanya.

Penaja bergambar ramai bersama Pasukan Bola Keranjang warga emas Concepts, kelmarin.
Penaja bergambar ramai bersama Pasukan Bola Keranjang warga emas Concepts, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA