Concepts, Kingston meterai MoU

Concepts, Kingston meterai MoU

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Bagi mempromosikan produk masing-masing dalam bulan Ramadan dan Syawal ini, Concepts Computer dan Kingston Beverage & Creamery hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Bilik Persidangan Concepts Computer, Kiulap.

Menandatangani bagi pihak Kingston Beverage & Creamery ialah Pengurus Besarnya, Valentine Hon dan disaksikan oleh Pengurus Pemasaran dan Jualan, Kevin Robin Jon.

Manakala Concepts Computers diwakili oleh Pengurus Besar, Vincent Pao dan disaksikan oleh Eksekutif Pemasaran, Zul Abdul Rahman.

Vincent Pao menyatakan bahawa sejumlah besar pelanggan Concepts Computer beragama Islam dan kerjasama dengan Kingston Beverage & Creamery ini amat sesuai kerana syarikat itu menjual minuman-minuman tin yang mendapat permintaan tinggi pada musim perayaan.

Sesi menandatangani dokumen antara Concepts Computer dan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd.
Sesi menandatangani dokumen antara Concepts Computer dan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd.

Beliau menjelaskan bahawa MoU ini juga pernah diadakan tahun lalu dan mendapat sambutan begitu baik daripada orang ramai dan berharap sambutan sama pada tahun ini.

Manakala Zul Abdul Rahman menjelaskan, bagi pelanggan yang membuat pembelian sepanjang bulan Ramadan dan Syawal yang berjumlah $200 atau lebih di dalam satu resit di kedai Concepts Computer akan diberikan satu baucar bagi satu karton minuman secara percuma yang boleh ditebus di Ibu Pejabat Kingston, Beribi.

Tempoh penebusan di Kingston akan bermula pada 15 Jun ini sehingga 15 Julai nanti, pada jam 8 pagi sehingga 5:30 dan pada setiap hari Sabtu dan Ahad dua minggu sebelum Hari Raya.

ARTIKEL YANG SAMA