Concepts kini lebih gah

Concepts kini lebih gah

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Syarikat-syarikat subsidiari Concepts Computer, Concepts Technologies, Concepts Sewing Solution dan Ontime Service Network kini bernaung di bawah satu kumpulan induk dinamakan Kumpulan Concepts melalui pengumuman penggabungan perniagaan-perniagaan berkenaan, hari ini.

Pengumuman ini dibuat oleh Pengurus Besar Kumpulan Concepts, Vincent Pao yang juga Pengurus Besar Concepts Computer Sdn Bhd sebelum majlis pelancaran bilik pameran tambahan Concepts Computer, nama dewan serba guna baru dan logo kumpulan berkenaan yang berlangsung di cawangan utama Concepts Computer di Kiulap.

Pelancaran bilik pameran yang dipertingkatkan dengan rak-rak, nama Dewan Brilliance bagi dewan serba guna baru dan logo Kumpulan Concepts berkenaan telah disempurnakan oleh tetamu-tetamu khas iaitu Presiden Persatuan Fu Zhou Shiyyi Brunei, Jackson Ting; Pengurus Negara Microsoft Brunei, Haniza Zakaria; Pengurus Wilayah Acer Malaysia, Ting Ming Hung; dan Konsultan Konsep Perniagaan dari Malaysia, Daniel Ang.

Semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya, Vincent Pao menjelaskan bahawa penggabungan berkenaan menandakan satu kejayaan penting bagi Concepts yang menurutnya akan menggambarkan kekuatan dan nilai-nilai sebenar mereka dan lebih tepat, serta mengukuhkan lagi kedudukan dalam pasaran dan memberi peluang bagi pengembangan dan pembangunan.

pg09_150929_b

Pelancaran Dewan Brilliance.
Pelancaran Dewan Brilliance.
Gambar ramai memotong reben sempena penggabungan syarikat-syarikat subsidiari Concepts.
Gambar ramai memotong reben sempena penggabungan syarikat-syarikat subsidiari Concepts.

“Kami sangat yakin ini merupakan langkah penting bagi kumpulan dan para pemegang saham dalam mengatasi cabaran-cabaran akan datang. Saya percaya, kami akan bersedia untuk mencapai kejayaan lebih besar dalam tahun-tahun akan datang,” tambah beliau.

Sebagai salah sebuah syarikat peruncit IT terbesar dan tertua di negara ini, Concepts Computer telah membesarkan bilik pamerannya di tingkat satu cawangan Kiulap dengan menggabungkan unit bersebelahan sementara unit di tingkat dua telah ditukar menjadi dewan serba guna yang dinamakan Dewan Brilliance yang juga boleh digunakan sebagai pusat latihan bagi pelanggan yang membeli produk-produk IT, bengkel-bengkel IT serta acara korporat.

Dewan berkenaan boleh menampung 100 orang dengan tempat duduk mengikut konsep teater dan kira-kira 60 orang jika menggunakan meja dan menggunakannya sebagai bilik persidangan.

Ia dilengkapi dengan pentas, projektor sistem bunyi serba canggih, tandas dan pantri.

ARTIKEL YANG SAMA