Concepts Tech langkah kanan

Concepts Tech langkah kanan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Pertarungan 16 pasukan bola keranjang terbaik untuk merebut Piala Mum Bakery 2015 di Negara Brunei Darussalam kini bermula dengan perasmian kejohanan dilangsungkan di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei di Batu Bersurat, Gadong.

Hadir menyempurnakan perasmian kejohanan ialah Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, Jabatan Belia dan Sukan, Dayang Mariam Ulat.

Dalam perlawanan pertama, pasukan Concepts Technologies membuat kejutan apabila menewaskan pasukan Infrared, 84-75 manakala dalam perlawanan kedua pula, pasukan MK/Pacquiao dengan mudah menewaskan pasukan Znetic Mars,78-58. Kejohanan itu akan diteruskan pada 27 Julai bermula jam 7.30 malam dengan perlawanan Kumpulan B antara pasukan Fuzhou Shiyyi menentang Alcatel One Touch dan perlawanan kedua menyaksikan Kumpulan A antara pasukan TLR menentang pasukan I-Cyber.

Dayang Mariam melontar bola bagi merasmikan kejohanan.
Dayang Mariam melontar bola bagi merasmikan kejohanan.
Dayang Mariam Ulat bergambar ramai bersama pasukan Concepts Technologies dan Infrared sebelum perlawanan dimulakan.
Dayang Mariam Ulat bergambar ramai bersama pasukan Concepts Technologies dan Infrared sebelum perlawanan dimulakan.

Kejohanan tahunan itu menyaksikan pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan dengan kumpulan A terdiri daripada D’Sunlit TLR, I Cyber dan Concepts Computer, Kumpulan B terdiri daripada Easyway, Alcatel One Touch, Fuzhou Shiyyi dan Morsjaya Jouramas, Kumpulan C pula terdiri daripada MK Pacquiao, Buildcon Concrete, Lian Fu dan Znetic Mars dan Kumpulan D terdiri daripada Bearctas (YTE), Concepts Technologies, Infra Red dan Akira/Kim Engineering.

Kejohanan itu dijadualkan berlangsung selama kira-kira sebulan di mana pasukan akan beraksi pada pusingan awal untuk menentukan dua pasukan teratas setiap kumpulan untuk mara ke perlawanan seterusnya.

ARTIKEL YANG SAMA