CONFEX anjur bengkel pengurusan tender

CONFEX anjur bengkel pengurusan tender

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan – Sebagai pelanggan proses penulisan dan mengeluarkan Jemputan kepada Tender (ITT), Pelawaan untuk Usul (RFP) dan Pelawaan Sebut Harga (RFQ) kepada pembekal boleh menjadi satu tugas mencabar yang boleh menyumbang kepada kegagalan projek itu sebelum ia bermula.

Oleh itu, CONFEX menganjurkan bengkel untuk membantu pelanggan dalam menguasai penyediaan dan pengurusan tender sebagai satu cara untuk memastikan bahawa mereka mendapatkan kontrak pembekal ‘paling sesuai’ yang menawarkan tahap perkhidmatan terbaik dan nilai terbaik untuk organisasi mereka.

Bengkel dua hari, hari ini dan esok, yang berlangsung di RMS Portview Seafood Restaurant, Tingkat 1, CONFEX Lounge, Jalan Sultan di ibu negara itu dikendalikan oleh pelatih berpengalaman dan berkelayakan dari Australia, Dr. Richard Jenkins yang telah didatangkan secara eksklusif oleh CONFEX.

Beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang bahasa, komunikasi, dan pengurusan di samping pemahaman analitis, pengurusan perjanjian/kontrak dan perundingan pembekal.

Dr. Richard Jenkins ketika mengetuai bengkel ‘How to issue an effective ITT/RFP/RFQ’.
Dr. Richard Jenkins ketika mengetuai bengkel ‘How to issue an effective ITT/RFP/RFQ’.

Di samping bengkel untuk pelanggan, CONFEX turut mengadakan bengkel ‘Tender and Bidding Skills Training’ untuk pembida yang akan diadakan bermula 27 hingga 29 Januari.

Sebagai pembida, tender merupakan satu keperluan bagi peluang perniagaan tetapi tanpa pendekatan, kemahiran dan pengetahuan yang betul, ia boleh berpotensi mematahkan semangat dan membahayakan sumber syarikat.

Oleh yang demikian, bengkel tiga hari itu yang juga dikendalikan Dr. Richard Jenkins, akan membantu para pembida dalam penstrukturan paling meyakinkan, memenangi hujah dan untuk membolehkan mereka menyasarkan keperluan utama pelanggan; dengan tujuan untuk seterusnya meningkatkan kadar kejayaan mereka bagi memenangi lebih banyak kerja.

Kira-kira 20 orang peserta daripada sektor kerajaan dan swasta yang mempunyai peranan sebagai eksekutif pengurusan, projek dan pengurus penghantaran, jurutera dan pengurus perolehan menghadiri bengkel berkenaan.

CONFEX seterusnya akan mengadakan bengkel ‘Advanced Contract Management: Supplier Management Techniques Workshop’ pada 1 dan 2 Februari 2016 dan ‘Practical Debt Collection and Credit Control Workshop’ pada 3 dan 4 Februari 2016. Untuk mendaftar atau mengetahui lebih lanjut, boleh menghantar e-mel ke alamat register@confex-mice.com, atau layari laman sesawang www.confex-mice.com, atau menghubungi CONFEX di talian 2651155 atau 8282217.