Confex anjur Bengkel ‘Prinsip Pengurusan Projek’

Confex anjur Bengkel ‘Prinsip Pengurusan Projek’

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Ogos – Pakar antarabangsa dan penceramah dalam bidang projek dan portfolio pengurusan akan berkunjung di Negara Brunei Darussalam minggu depan bagi mengendalikan bengkel selama tiga hari mengenai “Prinsip Pengurusan Projek.”

Bengkel tersebut akan diadakan bermula 24 sehingga 26 Ogos 2015 bertempat di Restoran RMS Portview Seafood, Tingkat Pertama, CONFEX Lounge, Jalan Sultan di ibu negara.

Dibawa secara eksklusif oleh CONFEX, pakar dan penceramah tersebut adalah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam bidang pengurusan projek/portfolio, definisi skop, penambahbaikan proses dan latihan korporat.

Jamal Moustafaev, Presiden dan Pengasas Thinktank Consulting, sudah menyediakan khidmat kepada syarikat sektor swasta dan pertubuhan kerajaan di Kanada dan Amerika Syarikat.

Beliau memiliki pensijilan PMP, MBA dalam Kewangan (Derivative Securities) dan BBA (Sains Kewangan dan Pengurusan) daripada Universiti Simon Fraser (Vancouver, Kanada).

Presiden dan Pengasas Thinktank Consulting, Jamal Moustafaev.
Presiden dan Pengasas Thinktank Consulting, Jamal Moustafaev.

Jamal berkata: “Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa hanya 32 peratus projek kita boleh dianggap berjaya sementara 44 peratus adalah cabaran (contohnya terlampau melebihi bajet atau lewat) dan 24 peratus adalah kegagalan yang nyata, yang dibatalkan oleh para pelanggan malah sebelum ia disiapkan.

“Kajian seterusnya menunjukkan bahawa kekurangan kejayaan ini adalah disebabkan oleh berikutan pemerolehan keperluan yang kecil, kekurangan perancangan dan kawalan projek yang tidak memadai.

“Saya tidak sabar untuk mencurahkan pengetahuan dan kemahiran kepada para peserta di Negara Brunei Darussalam mengenai bagaimana melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna dan efisien termasuk dari segi penggunaan teknik dan prinsip ekonomi yang menjangkau pelbagai struktur syarikat, persekitaran dan falsafah pengurusan projek,” katanya.

Para Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Naib Presiden, Pengurus Projek dan Program, pengarah dan pengurus fungsian jabatan, pasukan jualan dan pemasaran, eksekutif akaun, pengarah projek pengurusan, pengurus portfolio adalah dialu-alukan untuk menyertai bengkel tersebut.

Tempat duduk yang terhad untuk bengkel ini masih lagi ada. Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bengkel tersebut boleh menghubungi Dayang Aya Azri melalui talian +673 8282217 atau 2651155 dan boleh juga melayari laman sesawang www.confex-mice.com untuk pertanyaan dan pendaftaran.

ARTIKEL YANG SAMA