CONFEX bakal kupas isu wanita

CONFEX bakal kupas isu wanita

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Dengan tema ‘Memperkasa wanita dalam era digital’, Persidangan Wanita, Pengaruh dan Rangkaian yang akan diadakan pada 25 November depan bakal mengupas isu-isu yang memberi kesan kepada wanita pada masa ini.

Persidangan sehari anjuran CONFEX itu akan diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di mana beberapa penceramah tempatan dan antarabangsa akan membuat pembentangan mengenai beberapa topik seperti The confidence factor for women, Pushing your comfort zone dan Soul-detox your confidence.

Menurut kenyataan CONFEX, satu sesi perbincangan bertajuk ‘Wanita, pengaruh dan rangkaian – strategi kemenangan’ dan demonstrasi mengenai Teknologi AR (Augmented Reality Technology) bertajuk ‘Kuasa untuk mempengaruhi’ oleh AR & Co. Networking juga termasuk dalam agenda persidangan berkenaan. Penceramah-penceramah antarabangsa semasa persidangan itu nanti termasuk Tina Altieri iaitu seorang penceramah motivasi dan emsi profesional; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce, Datuk Wira Dr Maznah Hamid; dan penceramah awam, Suria Mohammad.

Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 828 2213 atau untuk menjadi vendor boleh menghubungi talian 866 4378 atau pejabat di talian 265 1155, atau menghantar e-mel ke alamat register@confex-mice.com bagi pertanyaan.

ARTIKEL YANG SAMA