Congo adakan pilihan raya presiden pada 20 Mac

Congo adakan pilihan raya presiden pada 20 Mac

BRAZZAVILLE, 31 Dis (AFP) – Republik Congo akan mengadakan pilihan raya presiden pada Mac tahun depan, menurut pihak berkuasa kelmarin, selepas perlembagaan baru membatalkan sekatan ke atas Presiden Denis Sassou Nguesso bagi melanjutkan pemerintahannya.

Pilihan raya bagi ketua kerajaan dijangka akan diadakan pada Julai selepas babak kontroversi baru, yang menyingkirkan had usia 70 tahun dan tegahan ke atas presiden berkhidmat lebih dua penggal, yang diluluskan oleh undian awam.

Namun Nguesso, yang menjadi presiden dari 1979 hingga 1992 dan sejak itu berkhidmat dua mandat tujuh tahun berturut-turut, mengatakan dia ingin membawa pilihan raya ke hadapan untuk menunjukkan ‘dinamik baru’ selepas referendum.

“Majlis menteri-menteri memutuskan untuk mengadakan sidang para pengundi pada Ahad, 20 Mac 2016 untuk pusingan pertama pilihan raya bagi presiden republik,” menurut akaun pada mesyuarat kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA