CONMEBOL mula era tanpa korupsi

CONMEBOL mula era tanpa korupsi

LIMA, 15 Sept – Ketua bola sepak Amerika Selatan menggesa bagi satu era tanpa korupsi hari ini apabila badan CONMEBOL yang diselubungi skandal itu meluluskan satu pakej reformasi yang dicipta untuk membasmi rasuah.

Alejandro Dominguez memberitahu para delegasi di kongres CONMEBOL bahawa organisasi itu mempunyai peluang untuk mengubah nasib mereka berikutan beberapa generasi para pegawai telah dilihat menerima beberapa juta dolar rasuah.

Pegawai-pegawai bola sepak Amerika Selatan telah secara keras disiasat berkaitan korupsi dalam dunia bola sepak yang membawa kepada kejatuhan presiden FIFA Sepp Blatter tahun lepas.

“Kami membuat sejarah. Kami bersedia untuk meninggalkan masa lalu dan bermula hari ini kami boleh memulakan sejarah baru buat CONMEBOL,” ujar Dominquez.

“Setelah tempoh yang begitu sukar, kami bercadang bagi satu kebangkitan yang akan memperlihatkan pembangunan dunia bola sepak,” dia memberitahu para delegasi dari 10 negara ahli CONMEBOL.

Sejurus selepas ucapan alu-aluan, para delegasi secara sebulat suara meluluskan perubahan ketetapan pertubuhan itu yang perlu untuk mengatasi korupsi.

Perubahan-perubahan itu termasuk pemisahan fungsi-fungsi politik dan pengurusan sehari-hari, terma terhad buat para pegawai, penyertaan yang lebih besar wanita dalam peranan badan-badan membuat keputusan.

Seorang pegawai CONMEBOL yang meminta untuk tidak dinyatakan nama memberitahu AFP, matlamat kongres itu adalah untuk ‘membersihkan’ badan mentadbir yang sudah tercemar.

Setiausaha agung yang baru dilantik FIFA, Fatma Samoura dari Senegal, turut sama menghadiri pembukaan itu. “Saya ucapkan bagi perbincangan yang baik buat pembangunan bola sepak,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA