Consortium Zenith BUCG labur RM800 juta

Consortium Zenith BUCG labur RM800 juta

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Dalam usaha untuk mempelbagaikan perniagaannya, Consortium Zenith BUCG memperuntukkan RM800 juta sebagai pengendali kereta api kargo yang mencatat keuntungan dan mampan.

Pengerusinya, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berkata konsortium sedang menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk lesen bagi meluaskan rangkaian rel yang digunakan oleh perkhidmatan kargo Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTM).

“Perniagaan kargo menggunakan kereta api merupakan antara pengangkutan termurah untuk tujuan industri, perniagaan dan perjalanan kerana ia menyediakan logistik yang cekap disebabkan tiada masalah trafik.

“Perkhidmatan kereta api tidak menyediakan perkhidmatan pintu ke pintu dan konsortium akan bekerjasama dengan syarikat berkaitan untuk mewujudkan depoh kargo bagi menyediakan kemudahan yang berkaitan untuk akses yang lebih baik,” katanya kepada Bernama TV dalam satu temu bual.

Ditanya sebab beliau menceburi perniagaan kargo, katanya, “Secara kebetulan, saya sebenarnya mencari bidang perniagaan lain iaitu kereta api kargo.”

Zarul Ahmad berkata beliau mendapat sokongan daripada Kementerian Pengangkutan untuk mendapatkan lesen dan menjadi pengendali rel selain KTM berikutan kerajaan bercadang untuk memperkenalkan pelbagai pengendali rel di negara ini.

“Oleh itu, saya akan menjadi yang kedua apabila KTM buat masa ini menghadapi

“Saya di sini untuk menyediakan (perkhidmatan) dan saya tidak meminta sesen atau geran daripada kerajaan.

“Saya akan melabur kira-kira RM800 juta dalam perniagaan kargo,” katanya, sambil menambah konsortium itu akan bekerjasama dengan SPAD dan menumpukan kepada perniagaan kargo. – Bernama