Contador di depan, Zakarin tawan peringkat ke-11 Giro d’Italia

Contador di depan, Zakarin tawan peringkat ke-11 Giro d’Italia

IMOLA, Itali, 21 Mei – Alberto Contador dari Sepanyol mengekalkan pendahuluan Giro d’Italia di depan penunggang pasukan Katusha dari Rusia, Ilnur Zakarin selepas menjuarai peringkat ke-11 semalam.

Zakarin mencatatkan kemenangan bersendirian selepas perpecahan lama dari peloton dan menunggang secara solo untuk 153km dari Forli ke Imola.
Contador dari pasukan Tinkoff, yang bercita-cita untuk menjadi penunggang pertama sejak Marco Pantani pada 1998 memenangi Giro dan Jelajah Perancis pada musim yang sama, memegang jersi pendahuluan merah jambu dengan kelebihan tiga saat di depan ketua Astana, Fabio Aru.

Contador yang melancarkan pecutan, mengakui peringkat kali ini adalah hari sukar dalam kayuhan.

“Rupa bumi itu tidak sesuai untuk melakukan pecutan tetapi kadangkala anda perlu mengikut naluri: Ia bergantung pada sama ada anda merasa bagus atau tidak,” kata Contador.

“Hari ini adalah sukar, lebih sukar berbanding semalam dengan kurang 50km. Saya merasa lebih baik setiap hari dan bengkak di kaki (selepas jatuh minggu lalu) semakin baik.”

Ilnur Zakarin meraikan kejayaan mengungguli peringkat ke-11 Giro d’Italia dari Forli ke Imola semalam. – AFP
Ilnur Zakarin meraikan kejayaan mengungguli peringkat ke-11 Giro d’Italia dari Forli ke Imola semalam. – AFP

Penunggang berpengalaman itu menambah: “Beribu perkara masih boleh berlaku. Ia mungkin nampak mudah tetapi masih lagi jauh.”

Pemenang peringkat, Zakarin, yang juga pemenang Jelajah Romandie yang mengejutkan bulan lalu apabila berpisah dari kumpulan penunggang 23km.

Dengan tiga pusingan dalam trek motor Imola sehingga peringkat penyudah, Zakarin, 25, bertahan daripada kumpulan yang mengejar diketuai oleh Simon Gerrans dari Australia, yang selesai dengan kelebihan 53saat dari penunggang yang diketuai oleh Carlo Betancur dari Colombia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA