Contador menyerah kalah

Contador menyerah kalah

GIJON, Sepanyol, 31 Ogos – Juara tiga kali, Alberta Contador telah menyerah kalah untuk memenangi Jelajah Sepanyol pada tahun ini dimana dia mengakui berada jauh di belakang dengan pendahulu keseluruhan iaitu Nairo Quintana.

“Peluang untuk memenangi pada tahun ini adalah tipis buat masa ini,” kata penunggang dari Sepanyol itu semasa sidang media.

“Saya berada tiga minit dibelakang Nairo Quintana dimana telah menunjukkan prestasi yang baik dan mempunyai kumpulan yang bagus dibelakang beliau.

Jika saya meneruskan perlumbaan ini, azam saya adalah bukan untuk menang akan tetapi membuat yang terbaik.” Kata Contador.

Selepas kemenangan Quintana pada peringkat ke-10, Contador berada di tangga kelima iaitu hampir tiga minit dibelakang pendahulu dan dua minit dibelakang Alejandro Valverde (Movistar) dan Chris Froome (SKY), masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Alberto Contandor semasa di garisan penamat peringkat ke-10 Jelajah Sepanyol, Selasa lalu. – AFP
Alberto Contandor semasa di garisan penamat peringkat ke-10 Jelajah Sepanyol, Selasa lalu. – AFP

Contador telah memenangi perlumbaan pada tahun 2008, 2012 dan 2014 akan tetapi jatuh dan mengalami kecederaan tubuh badan yang telah menimpa beliau untuk memiliki sebarang jersi pada edisi perlumbaan pada tahun ini.

“Taktik yang saya gunakan di pendakian Lagos de Convadonga adalah salah, saya sepatutnya perlu lebih berhati-hati,” tambah Contador mengenai kedudukan beliau yang berada di tangga kelapan pada perlumbaan peringkat ke-10.

Pelumba itu membayangkan bahawa objektif beliau adalah untuk memenangi peringkat perlumbaan semasa separuh masa kedua perlumbaan, “Saya akan meninjau dan memerhatikan pada peringkat perlumbaan itu nanti dan memutuskan apa yang perlu dibuat.” Katanya. – AFP