Contador rampas jersi merah jambu

Contador rampas jersi merah jambu

VALDOBBIADENE, Itali, 24 Mei (AFP) – Alberto Contador dari Sepanyol kembali bangkit daripada kemalangan untuk merampas kembali pendahuluan keseluruhan di Giro d’Italia ketika pesaing Fabio Aru dan Richie Porte terjejas pada peringkat ujian masa ke-14 semalam.

Penunggang berusia 32 tahun yang memenangi perlumbaan di Itali pada 2008 itu, menamatkan tangga ketiga hari itu tetapi selesai hampir tiga minit di depan Aru selepas perlumbaan sejauh 59.4km yang dimenangi oleh penunggang Sky Vasil Kiriyienka dari Belarus.

Contador, pemenang Jelajah 2007 dan 2009, berusaha untuk menjadi lelaki pertama sejak Marco Pantani pada 1998 untuk melengkapkan Giro d’Italia dan Jelajah Perancis dalam satu musim.

Penunggang dari Sepanyol itu sekarang bersedia untuk melengkapkan penguasaan perlumbaan menjelang minggu akhir di mana melibatkan beberapa peringkat pendakian sebelum perlumbaan akhir ke Milan hari ini.

Aru jatuh di tangga kedua untuk berada di belakang penunggang dari Sepanyol itu dengan 2minit 28saat, dengan penunggang dari Costa Rica, Andrey Amador dari Movistar di tempat ketiga pada keseluruhannya dengan 3:36 dan penunggang tempat kedua pada 2013, Rigoberto Uran di tempat keempat dengan 4:14.

Alberto Contador meraikan jersi merah jambu selepas menawan peringkat ke-14 Giro d’Italia di Valdobbiadene semalam. - AFP
Alberto Contador meraikan jersi merah jambu selepas menawan peringkat ke-14 Giro d’Italia di Valdobbiadene semalam. – AFP

Porte, yang bersama Contador mengalami kemalangan pada akhir peringkat Jumaat lalu dan dilaporkan mengalami kecederaan lutut menyaksikan cabarannya terjejas. Penunggang dari Australia itu selesai di tempat ke-55 dengan 4:40 untuk jatuh ke kedudukan ke-17 pada keseluruhannya dengan 8:52.

“Saya tahu saya boleh membuat perbezaan hari ini tetapi saya tidak menjangka masa begitu besar,” kata Contador, yang mengakui ini mungkin penyertaan terakhirnya dalam perlumbaan Itali ketika dia bersedia untuk bersara.

“Saya mahu berterima kasih kepada semua penyokong. Mereka begitu hebat terutamanya kerana ini adalah Giro d’Italia terakhir saya.”

Ini adalah kemenangan peringkat ketiga Kiryienka dalam Giro dan yang pertama baginya dalam ujian masa. “Ia adalah kemenangan istimewa bagi saya,” dia memberitahu Eurosport.

“Sudah tentu saya akan berada dalam kedudukan baik dalam ujian masa tetapi saya tidak mencatatkan kejayaan ujian masa besar seketika, jadi menarik untuk mencatatkannya.”