Contador tarik diri akibat demam

Contador tarik diri akibat demam

ANDORRA ARCALIS, Sepa-nyol, 11 Julai – Juara dua kali jelajah de France, Alberto Contador dari Sepanyol terpaksa menarik diri dari perlumbaan berbasikal itu susulan demam dan kesakitan akibat terjatuh.

Contador, 33, menarik diri pada peringkat kesembilan dari bandar Vielha Val d’Aran ke Andorra sebentar tadi.

Contador juga mengadu mengalami kesakitan sebelah kanan tubuhnya susulan kecederaan akibat terjatuh pada perlumbaan peringkat pertama dan kedua.

“Saya agak terkejut mendengar bahawa Alberto Contador berada di dalam kereta,” kata juara bertahan Froome selepas penamat.

“Oleh kerana beliau diserang, beliau tidak merasa persembahannya terlalu lemah tetapi saya rasa dia masih mengalami kecederaan yang dialaminya.”

Contador ketika dalam perlumbaan sejauh 84 km peringkat kelapan edisi 103 perlumbaan basikal Jela-jah de France pada 9 Julai 2016 antara Pau dan Bagneres-de-Luchon. - AFP
Contador ketika dalam perlumbaan sejauh 84 km peringkat kelapan edisi 103 perlumbaan basikal Jela-jah de France pada 9 Julai 2016 antara Pau dan Bagneres-de-Luchon. – AFP

Contador membuat nama untuk dirinya sebagai pelumba basikal yang berani dan bersiap sedia mengambil risiko yang besar dalam mencari kemenangan.

“Alberto demam pagi tadi ketika berlumba dan memberitahu kami bahawa dia kurang sihat,” kata Pengarah pasukan Tinkoff, Sean Yates kepada TV Perancis.

Ketika perlumbaan hari ini, dia empat kali dilihat tercicir dan bercakap dengan kru pasukan di dalam kereta yang mengekorinya.

Suhu sepanjang perlumbaan sejauh 184 km mencecah 35 darjah selsius. – AFP