Contador terus di depan

Contador terus di depan

MILAN, 25 Mei (AFP) – Alberto Contador dari Sepanyol gagal untuk memperingati memori Marco Pantani tetapi menghalang ancaman pasukan pesaing Astana untuk melanjutkan pendahuluannya ke atas Fabio Aru pada peringkat ke-15 Giro d’Italia semalam.

Contador melepasi garisan penamat dalam perlumbaan 165km dari Marostica ke Madonna Di Campiglio di tempat ketiga dengan lima saat di belakang pemenang peringkat Mikel Landa dengan Aru pula selesai satu saat di belakang untuk kekal di tempat kedua secara keseluruhannya tetapi menyaksikan jurangnya dengan Contador meningkat kepada 2minit 35 saat.

“Saya mahu memenangi peringkat ini kerana Marco Pantani, yang menjadi inspirasi besar bagi saya ketika saya kecil,” kata Contador.

“Tetapi ini adalah peringkat sukar dan Landa kuat dalam final yang banyak persaingan. Sukar untuk mengawal segala-galanya. Masih banyak boleh berlaku dalam perlumbaan dan kami perlu melakukan banyak tugasan.”

Sehari selepas menguasai semula pendahuluan dari Aru berikutan penyudah tangga ketiga pada peringkat ke-14 dalam ujian masa, Contador menggariskan statusnya sebagai pilihan dengan menguasai perlumbaan pada hari pertama pendakian di Dolomites.

Pasukan Tinkoff Contador menggalas bebanan menetapkan kedudukan pada dua pendakian terakhir, 8km Passo Daone – strategi yang menyaksikan pemenang tempat kedua sebanyak dua kali Rigoberto Uran bergelut untuk mengekalkan jarak. “Ia adalah hari sukar,” kata Uran penunggang Etixx selepas usaha penyudah di atas podium sekarang dilihat samar selepas mengekori pesaing.

Taktik Tinkoff juga menghasilkan keputusan yang tidak diingini dengan meninggalkan Contador tersisih dari kalangan beberapa penunggang Astana dalam pendakian terakhir selepas rakan sepasukan dari Australia Michael Rogers mengekorinya sepanjang lembah itu.

ARTIKEL YANG SAMA