Conte: 6 pasu...

Conte: 6 pasukan mampu jadi juara

BURNLEY, 13 Feb – Antonio Conte percaya mana-mana enam pasukan teratas masih mampu untuk menjulang Liga Perdana meskipun pasukan kendaliannya, Chelsea, berganjak 10 mata di puncak selepas seri 1-1 di Burnley.

Chelsea mengharungi satu kunjungan sukar di Turf Moor, di mana Burnley mempunyai rekod laman sendiri yang hebat, hanya di belakang Chelsea dan Tottenham Hotspur.

Tetapi meskipun dengan keputusan yang kukuh itu, menerajui carta di depan tangga kedua, Tottenham, Conte menolak untuk membincangkan mengenai peluang besar pasukannya memenangi kejuaraan Liga Perdana.

“Itu normal. Masih terdapat 13 perlawanan sebelum semuanya berakhir,” kata pengurus Chelsea itu, yang mana kelebihan mata mereka mungkin dikurangkan menjadi lapan jika Manchester City menang di Bournemouth.

“Jika seseorang fikir liga ini sudah berakhir, saya boleh katakan kepada anda bahawa ia belum berakhir.

“Terdapat enam pasukan bagi saya yang mampu memenangi liga dan apa sahaja boleh terjadi. kami perlu mengekalkannya begini.

“Saya gembira dengan komitmen dan semangat untuk menang. Kami hanya mampu mendapat satu mata, tetapi saya pasti mengenai komitmen.

“Kami hanya perlu memikirkan diri sendiri, bukan pasukan lain. Adalah penting untuk bermain bola sepak anda, fikir mengenai permainan anda dan kemudian barulah memikirkan keputusan lain.”

Sementara Spurs kembali 10 mata di belakang, terdapat empat pasukan, Arsenal, Liverpool, City dan Manchester United, hanya dua mata di belakang pasukan Mauricio Pochettino dan bersedia untuk menjatuhkan Chelsea jika ada kesempatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA