Conte bebas tuduhan atur perlawanan

Conte bebas tuduhan atur perlawanan

CREMONA, Itali, 17 Mei (AP) – Mimpi ngeri jurulatih Itali, Antonio Conte (gambar) berakhir selepas bakal pengendali Chelsea itu dibersihkan daripada tuduhan mengatur perlawanan selepas perbicaraan di Cremona, semalam.

Pendakwa raya, Roberto Di Martino meminta hukuman penggantungan enam bulan dan denda 8,000 euro dikenakan ke atas Conte, yang dituduh gagal membuat laporan cubaan mengatur perlawanan ketika menjadi pengendali di Siena pada 2011, dalam kes yang lebih dikenali sebagai ‘calcioscommesse’ (skandal bola sepak).

FILES-FBL-ITA-EURO-2016-CONTE

Tetapi Hakim, Pierpaolo Beluzzi berkata tidak ada bukti yang menunjukkan Conte, yang sentiasa menafikan salah laku, menyedari akan aktiviti haram itu.

“Empat tahun lalu… mimpi ngeri bermula pada masa itu seolah-olah ia tidak akan berakhir,” kata Conte menerusi posting di laman Facebooknya.

“Sesiapa yang dekat dengan saya, yang kenal akan saya, tahu betapa saya menderita dengan nama saya dikaitkan dengan calcioscommesse. Hari ini cerita sebenar sudah diketahui.

ARTIKEL YANG SAMA