Conte dijangka berpindah ke Chelsea

Conte dijangka berpindah ke Chelsea

Football soccer - Italy v Spain - International friendly match

UDINE, Itali, 27 Mac (AFP) – Antonio Conte (gambar) menjanjikan peminat–peminat Azzurri boleh menjangkakan pasukan Itali yang kuat dan patriotik pada kejohanan Euro 2016 musim panas ini selepas keputusan seri 1-1 menentang Sepanyol yang menamatkan tujuh kemenangan juara Eropah itu.

Conte, yang akan meletak jawatan selepas perlawanan itu nanti di tengah-tengah laporan dia berpindah ke Chelsea, meletakkan formasi 3-4-3 yang melibatkan beberapa tambahan kejutan di Stadio Firuli, Udinese pada Khamis lalu.

Tetapi keraguan berbangkit sebelum perlawanan yang menyaksikan optimisme sebagai Itali yang baru, gagal untuk melalui pusingan pertama dari dua Piala Dunia yang lalu, menunjukkan sebahagian sentuhan–sentuhan hebat dalam laluan mereka bagi keputusan seri.

Sepanyol, yang menewaskan Itali 4-0 dalam perlawanan akhir Euro 2012, terpaksa bekerja keras di Stadio Friuli yang baru diperbaiki. Insiden terkenal mereka pada separuh masa pertama adalah ketika jurulatih mereka, Vicente Del Bosque rebah ke tanah selepas berundur ke penjaga garisan.

Sudah tentu, juara dunia 2010 gagal mendapatkan rembatan pada separuh masa pertama perlawanan sejak 2013 dan kelayakan Piala Dunia menentang Belarus.

“Saya mendapatkan jawapan yang saya cari tetapi kami perlu menundukkan kepala dan terus bekerja dengan semangat yang ditunjukkan pemain,’ kata Conte.

“Saya boleh menjanjikan ini kepada semua rakyat Itali: Kita mempunyai pasukan, dan sekumpulan pemain yang hebat, yang mahu berjuang bagi menyarung jersi ini.”

Sementara itu, Chelsea terkunci dalam persaingan dengan AC Milan untuk mendapatkan khidmat Antonio Conte sebagai pengurus baharu mereka.

Jurulatih berusia 46 tahun itu sudah mengumumkan dia akan meletak jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan Itali selepas Kejohanan Eropah di Perancis pada musim panas ini berakhir.

Conte sedang dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea dengan pemilik kelab terbabit, Roman Abramovich dilihat mahu menjadikannya sebagai pengganti tetap kepada Jose Mourinho.

Spekulasi bahawa Conte akan ke Stamford Bridge meningkat apabila dia didakwa sudah mengikuti pembelajaran Bahasa Inggeris. Tetapi AC Milan kini sudah menyertai perebutan untuk menandatangani Conte.