Conte kagumi Deigo

Conte kagumi Deigo

KINGSTON UPTON HULL, United Kingdom, 2 Okt – Pengurus pasukan Chelsea, Antonio Conte memberikan penghormatan kepada Deigo Costa ketika pemain penyerang Sepanyol itu mengumpulkan jaringannya kepada enam gol musim ini dalam tujuh perlawanan dalam kemenangan yang begitu diperlukan 2-0 di Hull.

Costa tidak mencapai setengah dozen jaringan sehingga minggu pertama Januari musim lalu, tetapi bintang itu melihat kembali kepada kedudukan terbaiknya di bawah jurulatih baru Chelsea dari Itali itu.

Rakan gandingan serangannya bersama Willian dan Eden Hazard membuktikan sukar dihentikan oleh Hull ketika dia membuka jaringan sebelum Costa melengkapkan kutipan tiga mata.

“Ia adalah menarik baginya, bagi kami,’ kata Conte, yang pasukannya kembali selepas kekalahan menentang Liverpool dan Arsenal.

“Dia menjaringkan enam gol tetapi saya rasa Diego mempunyai peluang pada setiap perlawanan untuk menjaringkan gol.

Reaksi Conte semasa perlawanan bola sepak Liga Inggeris antara Hull City dan Chelsea di Stadium KCOM, di Hull, England, pada 1 Oktober, 2016. – AP
Reaksi Conte semasa perlawanan bola sepak Liga Inggeris antara Hull City dan Chelsea di Stadium KCOM, di Hull, England, pada 1 Oktober, 2016. – AP

“Adalah penting dia menjaringkan gol tetapi ia penting dia bekerjasama dengan pasukan. Bagi saya, ini adalah perkara paling penting – bersama dengan Willian, dan Hazard.

“Saya gembira dengan persembahan itu kerana kami beraksi dengan kekuatan yang tepat dan tekanan yang bagus.

“Selepas dua kekalahan, ia bukanlah mudah, tetapi saya gembira dengan sikap dan komitmen pemain. Kami bekerja keras dan saya rasa ia adalah cara yang tepat.

“Kami perlu mengikuti laluan ini kerana kami perlu tahu, kami telah meningkat dan jika kami mahu meningkat, hanya terdapat satu jalan – iaitu bekerja keras.”

Conte merehatkan Bransilav Ivanovic dan bertukar kepada barisan tiga pemain pertahanan dalam usaha untuk kembali kepada kemenangan selepas mengutip satu mata dari tiga perlawanan lalu. – AFP