Conte kecewa ...

Conte kecewa rekod tidak kesampaian

LONDON, 5 Jan – Bos Chelsea Antonio Conte meluahkan kekecewaannya selepas 13 kemenangan berturut-turut skuad bimbingannya di Liga Perdana berakhir selepas tewas 2-0 kepada Tottenham Hotspur, awal pagi tadi.

Chelsea yang berada di puncak liga menyasarkan untuk menjadi pasukan pertama melakar 14 kemenangan berturut-turut dalam musim Liga Perdana yang sama, namun prestasi menakjubkan Dele Alli meranapkan impian itu.

Alli yang juga pemain kebangsaan England meledak kedua-dua gol kemenangan menerusi tandukan dalam separuh masa pertama dan kedua perlawanan. Kekalahan itu menyaksikan kelebihan The Blues di puncak liga kekal kepada lima mata, manakala Spurs kini ketinggalan tujuh mata di tangga ketiga.

“Kami tahu bahawa kekalahan boleh berlaku sebelum perlawanan lagi, namun saya fikir hari ini kami menyaksikan perlawanan yang mempunyai keseimbangan yang baik,” kata Conte.

“Mereka menjaringkan gol pada penghujung separuh masa pertama dan kedua pada tahap terbaik anda. Apabila anda melepaskan dua gol, sudah pasti anda perlu meningkat permainan.” – AFP