Conte panggil Bonaventura, Buffon, veratti diragui

Conte panggil Bonaventura, Buffon, veratti diragui

MILAN, 10 Jun (AFP) – Jurulatih Itali, Antonio Conte menghubungi midfield AC Milan, Giacomo Bonaventura ketika finalis 2010 yang tewas itu dilihat akan mengorak langkah seterusnya menuju kelayakan Kejuaraan Eropah 2016 menentang Croatia Jumaat ini.

Bonaventura pada mula diletakkan dalam simpanan bagi pertemuan di Split Jumaat ini tetapi menyertai skuad dua hari selepas penyerang Simone Zaza dan pertahanan Andrea Barzagli terpaksa dihantar pulang kerana tidak cergas.

Ia berlaku lewat semalam di mana penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon (cedera siku) dan midfield Paris Saint Germain, Marco Verratti (kaki kiri) tidak akan beraksi Jumaat ini.

“Keduanya di bawah pengawasan walaupun kekal bersama skuad,” kata doctor pasukan Itali, Enrico Castellacci.

“Kami akan menilai keadaan kedua-dua pemain dalam masa beberapa hari kerana kami mempunyai dua perlawanan dan akan melihat siapa yang boleh beraksi dan bila. Semua pemain lain cergas.”

Jurulatih Itali, Antonio Conte. – Reuters
Jurulatih Itali, Antonio Conte. – Reuters

Zaza sudah mengalami sakit belakang sebelum membuat perjalanan ke kem latihan Itali di Covercianio dan Barzagli, yang hanya kembali berlatih minggu lalu selepas mengalami kecederaan, tidak pulih sepenuhnya selepas beraksi 90 minit dalam Liga Juara–Juara menentang Barcelona Sabtu lalu.

Barzagli sudah digantikan pertahanan Sassuolo, Francesco Acerbi sementara kebolehan Boaventura di depan memberikan Conte pilihan menentang pasukan yang berjaya mengekang Itali 1-1 di San Siro November lalu.

“Kami bekerja keras, jadi kami boleh menghasilkan persembahan kental. Mereka (Croatia) adalah pasukan yang kuat dan menentang kami di San Siro tetapi kami fokus sepenuhnya untuk meletakkan kami dalam kejuaraan,” kata Conte.

ARTIKEL YANG SAMA