Conte pertahan Costa bersama Chelsea

Conte pertahan Costa bersama Chelsea

LONDON, 20 Julai – Pengurus pasukan Chelsea, Antonio Conte semalam menegaskan dia tidak berhasrat untuk melepaskan pemain penyerang Sepanyol, Diego Costa dari kelab Liga Perdana itu.

Costa, 27, dikaitkan dengan perpindahan kembali ke bekas kelab, Atletico Madrid selepas musim kedua yang sukar di England.

Keputusan Conte untuk menandatangani pemain penyerang Belgium, Michy Batshuayi dari Marseille meningkatkan lagi spekulasi Costa mungkin akan meninggalkan Stamford Bridge.

Tetapi Conte, yang secara rasminya mengambil kendalian pasukan Chelsea awal bulan ini selepas menamatkan peranannya sebagai jurulatih pasukan Itali pada Euro 2016, berhasrat untuk mengekalkan Costa, yang membawa Blues ke gelaran Liga Perdana di bawah kendalian Jose Mourinho pada 2015.

“Diego adalah pemain kami. Dia seorang pemain yang hebat, pemain dengan kepentingan fundamental dan tidak terdapat sebarang masalah,” Conte memberitahu laman sesawang Chelsea.

Reaksi Conte semasa perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa antara Rapid dan Chelsea di Vienna, Austria, pada16Julai lalu. Conte semalam menegaskan dia tidak berhasrat untuk melepaskan pemain penyerang Sepanyol, Diego Costa dari kelab Liga Perdana itu. – AP
Reaksi Conte semasa perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa antara Rapid dan Chelsea di Vienna, Austria, pada16Julai lalu. Conte semalam menegaskan dia tidak berhasrat untuk melepaskan pemain penyerang Sepanyol, Diego Costa dari kelab Liga Perdana itu. – AP

‘Dia kekal bersama kami, dia bekerja keras, dia gembira untuk bertugas bersama rakan sepasukannya dan dengan saya dalam idea-idea baru bola sepak. Dia adalah pemain Chelsea.

“Dia adalah pemain penting, pemain yang kuat, salah seorang terbaik dunia, dan saya pasti apabila dia berada dalam idea kami, dia akan menjaringkan banyak gol bagi kami.”

Chelsea menghadapi WAC RZ Pellets dalam perlawanan persahabatan hari ini setelah tewas dalam perlawanan pembukaan di bawah kendalian Conte kepada pasukan Austria lain, Rapid Vienna pada hujung minggu lalu.

Mereka sekali lagi akan beraksi tanpa Kurt Zouma ketika dia meneruskan pemulihannya dari kecederaan lutut yang serius yang dialaminya ketika menentang Manchester United pada Februari lalu, tetapi Conte mendedahkan pemain pertahanan Perancis itu sedang dalam pemulihan.

“Hari ini, dia (Zouma) memulakan latihan aerobik buat kali pertama,’ kata Conte.

‘Ditanya jika pemain itu, 21, terlibat, pengurus dari Itali itu menjawab: “Tidak. Kami masih menunggu kerana kami perlu menghormati masa yang tepat untuknya.

‘Kami tahu dia dalam pemulihan tetapi saya tahu dia memerlukan lebih banyak masa untuk pulih. Ia adalah penting kami tidak menekannya.

‘Saya mempunyai kecederaan sama dan saya tahu dari pengalaman apabila seorang pemain bersedia untuk pergi.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA