Conte pertahan pembelian Kante

Conte pertahan pembelian Kante

LONDON, 17 Julai – Chelsea semalam mengumumkan penandatanganan pemain midfield defensif Leicester City, N’Golo Kante dengan persetujuan lima tahun untuk menjadi pemain kedua yang diperoleh bos baru, Antonio Conte pada musim panas.

Yuran bagi pemain antarabangsa Perancis itu adalah sekitar 32 juta paun (38 juta euro, $42 juta), kata media British, dan hadir selepas Chelsea mendapatkan pemain penyerang Belgium, Michy Batshuayi dari Marseille bagi yuran yang sama.

Perpindahan Kante ke London akan meningkatkan pasukan yang gagal dalam mempertahankan gelaran Liga Perdana musim lalu, tetapi meletakkan kesukaran kepada juara bertahan Leicester ketika mereka bergelut untuk mengekalkan pasukan yang menggegarkan dunia bola sepak.

“Saya merasa gembira untuk menandatangani bagi salah sebuah kelab terbesar di Eropah. Ia adalah impian yang menjadi kenyataan bagi saya,” Kante, 25, memberitahu laman sesawang Chelsea.

“Peluang untuk bekerjasama dengan Antonio Conte, jurulatih bijak, dan sebahagian pemain terbaik dunia adalah sukar untuk ditolak.”

Chelsea semalam mengumumkan penandatanganan N’Golo Kante (gambar) dengan persetujuan lima tahun untuk menjadi pemain kedua yang diperoleh bos baru, Antonio Conte pada musim panas. - AFP
Chelsea semalam mengumumkan penandatanganan N’Golo Kante (gambar) dengan persetujuan lima tahun untuk menjadi pemain kedua yang diperoleh bos baru, Antonio Conte pada musim panas. – AFP

Kante, yang menandatangani bersama Leicester musim lalu dari kelab Caen, Perancis bagi 5.6 juta paun, adalah pendedahan dalam serangan ketika musimnya di England ketika pasukan kendalian Claudio Ranieri itu menjadi juara Liga Perdana yang mengejutkan.

Dia dinamakan dalam senarai pendek enam pemain bagi merebut anugerah PFA Palyers’ Player of the Year – yang dimenangi oleh rakan sepasukannya, Riyad Mahrez – tetapi persembahannya juga menarik perhatian kelab-kelab besar Eropah, termasuk Real Madrid.

“Musim pertama saya dalam bola sepak Inggeris adalah terlalu istimewa dan sekarang saya berharap untuk meneruskan bagi mencapai lebih banyak lagi sebagai pemain Chelsea,’ tambah Kante, yang akan beraksi dalam Liga Juara–Juara musim ini jika dia kekal di Leicester.

“Saya bersedia untuk bertemu dengan rakan sepasukan baru saya dan membantu kelab tersebut mencapai banyak kejayaan.”

Pengarah teknikal Chelsea, Michael Emenali menggelar Kante sesuai dalam falsafah Antonio Conte dan gaya bola sepak yang dimahukannya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA