Conte puji ketekunan Chelsea

Conte puji ketekunan Chelsea

WATFORD, 21 Ogos – Pengendali Chelsea, Antonio Conte memuji komitmen dan fokus pemainnya yang mencatat kemenangan lewat 2-1 ke atas Watford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Vicarage Road, semalam.

Gol lewat daripada Michy Batshuayi, yang pertama buat kelab itu dan jaringan penyerang, Diego Costa mengesahkan tiga mata buat Chelsea selepas Watford terlebih dulu di depan menerusi jaringan Etienne Capoue pada babak kedua.

Chelsea tampak bergelut untuk bersaing sepanjang 70 minit permainan sebelum Conte memasukkan Batshuayi dan Cesc Fabregas dengan kedua-dua gol diledakkan pada 10 minit terakhir perlawanan. Ia adalah perlawanan kedua berturut-turut Chelsea di mana Costa menjaringkan gol termasuk ketika menentang West Ham pada aksi pembukaan, Isnin lalu.

“Dalam dua perlawanan ini, kami melihat semangat yang betul, komitmen yang betul,” kata Conte.

Reaksi Conte dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semasa perlawanan antara Chelsea dan Watford di Vicarage Road. – AP
Reaksi Conte dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semasa perlawanan antara Chelsea dan Watford di Vicarage Road. – AP

“Selepas musim yang buruk seperti musim lalu, bukan mudah untuk bermula dengan baik dan memenangi perlawanan, dan ia tidak akan menjadi sesuatu yang mudah, jadi kami perlu tahu yang kami perlu meneruskannya.

“Adalah penting untuk mengubah situasi jika dibandingkan dengan musim lalu dan kami cuba untuk melakukannya dengan segala kekuatan kami.”

Conte dalam pada itu bersetuju rejim latihan kecergasan keras yang ditampilkan, termasuk sesi berganda ketika pra-musim sudah dibayar pemain dengan kemampuan Chelsea untuk mencipta kebangkitan lewat dan memenangi perlawanan.

“Saya percaya yang kerja kami akan terbalas dan ia sentiasa akan terbalas. Ia penting. Kami bekerja keras dan kami akan berterusan melakukannya.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA