Conte puji pasukan Republik Ireland

Conte puji pasukan Republik Ireland

LILLE, 23 Jun (AFP) – Jurulatih Itali, Antonio Conte mengucapkan tahniah kepada Republik Ireland selepas jaringan lewat Robbie Brady membantu mereka mencatat kemenangan 1-0 ke atas pasukannya di Lille untuk mara ke pusingan kalah mati Euro 2016.

The Azzurri sudah mengesahkan tempat sebagai juara Kumpulan E ketika hadir ke aksi di Stade Pierre-Mauroy, membolehkan Conte membuat lapan pertukaran ke atas kesebelasan utamanya.

“Pemain yang jarang beraksi memberi reaksi yang bagus. Perlawanan malam ini amat sukar, sangat fizikal, menentang pasukan yang gemar bermain bola hantaran jauh, sekali gus menyaksikan banyak pergelutan sengit,” kata Conte.

“Ia gaya tipikal bola sepak mereka. Keadaan padang lebih memihak mereka berbanding kami, tetapi saya ingin ucapkan tahniah kepada mereka kerana berusaha keras untuk perlawanan ini.

Conte memata-matai latihan anak didiknya. – AFP
Conte memata-matai latihan anak didiknya. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Ia adalah aksi hidup dan mati untuk mereka. Mungkin kami dihukum selepas menguasai kumpulan tetapi tahniah buat Ireland kerana mereka benar-benar mahu mara dan mendapat ganjaran itu.”

Itali kini akan berdepan juara bertahan Sepanyol pada pusingan 16 terakhir di Stade de France di Paris, Isnin ini.