Copa America guna teknologi canggih

Copa America guna teknologi canggih

CHICAGO, 26 Mei – Teknologi garisan gol akan digunakan dalam persaingan Copa America Centenario yang akan diadakan pada bulan depan, penganjur mengumumkan semalam, yang memilih Hawk-Eye sebagai pembekal bagi sistem kamera ulang tayang.

Lima dari 10 pasukan kebangsaan ranking teratas dunia akan beraksi bagi edisi ulang tahun ke-100 perlawanan Amerika Utara itu, acara istimewa yang dihoskan oleh Amerika Syarikat bermula pada 3 Jun.

Pasukan ranking teratas Argentina terlibat dalam perlawanan 16 pasukan itu, yang akan memperkenalkan bintang-bintang seperti Lionel Messi, Javier Hernandez, Luis Suarez dan James Rodriguez.

Sistem Hawk-Eye digunakan dalam Piala Dunia Wanita di Kanada dan digunakan oleh UEFA, Liga Perdana Inggeris, Bundesliga Jerman dan Serie A, Itali.

Ia akan menempatkan tujuh buah kamera bagi setiap gawang di kesemua 10 stadium yang digunakan dalam Copa America, menggunakan getaran dan isyarat visual pada setiap jam pengadil perlawanan untuk menyatakan jaringan di dalam satu saat ketika bola melepasi garisan gol.

Teknologi Hawk-Eye akan digunakan di garisan gol dalam Kejohanan Copa America yang bakal berlangsung. – AFP
Teknologi Hawk-Eye akan digunakan di garisan gol dalam Kejohanan Copa America yang bakal berlangsung. – AFP

Teknologi seperti itu belum pernah diadakan bagi persaingan Amerika Selatan dan Utara.

Copa Centenario dimulakan pada 3 Jun apabila AS akan menjadi hos kepada Colombia di Santa Clara, California.

Argentina dan Chile seterusnya akan bertemu dalam ulang tayang Copa America tahun lepas pada 6 Jun depan, sementara Mexico dan Jamaica akan bertemu dalam perlawanan ulangan di Amerika Utara bagi persaingan akhir Piala Emas pada 9 Jun.

Perlawanan akhir akan diadakan pada 26 Jun di East Rutherford, New Jersey.

Juga semalam, pengadil perlawanan dari 18 buah negara Amerika Selatan dan Utara dinamakan bagi perlawanan itu, walaupun tidak dilantik bagi perlawanan tertentu.

Diantara 10 pengadil dari Amerika Selatan dan lapan dari Amerika Utara adalah Mark Geiger dari AS, yang hilang kawalan terhadap perlawanan separuh akhir Piala Emas pada tahun lepas di antara Mexico dan Panama. – AFP