Coquelin mohon maaf

Coquelin mohon maaf

LONDON, 6 Mac (AFP) – Pemain tengah Arsenal, Francis Coquelin meminta maaf kepada peminat Gunners selepas kad merah yang diterimanya menyebabkan pertembungan tetangga Utara London itu memberi kelebihan buat Tottenham Hotspurs, semalam.

Skuad bimbingan Arsene Wenger mendahului 1-0 apabila Coquelin dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Harry Kane, dan tujuh minit kemudian mereka ketinggalan 2-1.

Alexis Sanchez memastikan seri tetapi Arsenal kini ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Leicester City dengan hanya berbaki sembilan perlawanan.

“Saya meminta maaf kepada semua peminat kerana kad merah itu, saya rasa dengan 11 melawan 11 pemain kami boleh memenangi perlawanan kerana kami bermain dengan sangat baik,” kata Coquelin dari Perancis kepada Arsenal TV.

“Kad merah ini mengubah permainan. Saya meminta maaf kepada kelab, kepada pasukan dan semua peminat. Saya sebenarnya rasa saya boleh mendapat bola itu apabila saya merebut bola (Kane) – itulah adalah kenapa saya pergi mendapatkannya.

“Saya menyentuhnya dan dia (pengadil) memberi saya kad kuning kedua.

“Saya tidak begitu melihat gol itu (kerana saya berada di bilik persalinan) tetapi seseorang datang kepada saya dan memberitahu kami menjaringkan gol kedua – ia sangat melegakan saya.

“Saya tidak mahu kami tewas hari ini kerana ketika 1-0 saya rasa kami sudah cukup bagus. Tetapi di akhirnya, ia adalah mata yang baik dan diharapkan ia bakal menjadi mata terpenting untuk merebut gelaran.”