Cosmo bantu kumpul darah

Cosmo bantu kumpul darah

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Cosmopolitan College of Commerce & Technology (Cosmo), baru-baru ini telah mengadakan kempen derma darah di Student Lounge, Airport Mall, Berakas.

Kempen yang diadakan dari jam 9 hingga 11:30 pagi itu adalah bertujuan membantu pusat menderma darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi mengumpul bekalan darah untuk golongan yang memerlukan di negara ini.

Kolej tersebut juga percaya penganjuran kempen menderma darah tersebut secara tetap adalah sangat penting dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dan menyelamatkan lebih banyak nyawa terutama kepada pesakit kronik.

Kempen dimulakan dengan pendaftaran para penderma diikuti dengan pemeriksaan mini fizikal.

Antara yang menyertai kempen menderma darah tersebut.
Antara yang menyertai kempen menderma darah tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA